Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja seorang sahabat rapat, malah merupakan majikan terbaik yang pernah beliau berkhidmat di bawah kepimpinannya.
Menurut Syed Hamid, hubungan beliau dengan Perdana Menteri kelima itu amat erat, terutamanya semasa beliau memegang portfolio sebagai Menteri Luar, katanya ketika ditemui media.
Saya selalu dengan beliau bukan sahaja sebagai Menteri Luar tetapi sebagai kawan.Saya tengok pemimpin luar pun mesra dengannya kerana cara dan pendekatan beliau yang tidak agresif, orang kata beliau macam ‘wali’.
Dalam nada sebak, Syed Hamid menyatakan bahawa pemergian Tun Abdullah, yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, merupakan satu kehilangan besar buat negara.
Jelas beliau, Allahyarham merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat, yang banyak mencorak perubahan dalam landskap pentadbiran negara sepanjang beliau menerajui tampuk pemerintahan.
Kita fikir satu kehilangan, seorang negarawan, seorang pemimpin yang cukup dedikasi kepada tugasnya yang sederhana yang membawa kepada Islam Hadhari.
Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dari tahun 2003 hingga 2009, dan dikenang sebagai tokoh yang menekankan pendekatan sederhana, bersifat terbuka, serta memperkenalkan dasar-dasar reformasi berlandaskan nilai Islam progresif melalui gagasan Islam Hadhari.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.