Pendedahan Identiti Mangsa Pedofil Richard Huckle Satu Kesalahan Jenayah – PDRM

Trending

Pendedahan Identiti Mangsa Pedofil Richard Huckle Satu Kesalahan Jenayah – PDRM

Polis Malaysia meminta orang ramai untuk memberikan sebarang maklumat berkaitan pedofil Richard Huckle, dalam masa yang sama memberi amaran bahawa mendedahkan identiti mangsa Huckle ialah satu kesalahan jenayah.

Advertisement

Dalam satu kenyataan pada Rabu (8 Jun), pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai menghubungi jabatan siasatan jenayah seksual, keganasan domestik dan penderaan kanak-kanak tentang apa jua maklumat mengenai Huckle.



Huckle, 30, telah dihukum dengan 22 hukuman penjara seumur hidup di mahkamah di London , bermakna dia akan dipenjarakan untuk tempoh minimum 23 tahun sebelum bod parol boleh mempertimbangkan untuk membebaskannya.

Polis juga meminta orang ramai untuk menghormati privasi mangsa dan keluarga mangsa, supaya proses penyembuhan dapat berlaku.

Kenyataan itu menyebut bahawa mendedahkan identiti mangsa ialah satu kesalahan jenayah di bawah Akta Kanak-kanak 2001, yang membawa hukuman lima tahun penjara, atau denda RM 10,000, atau kedua-duanya sekali.

Kes itu dikritik ramai rakyat Malaysia yang beranggapan hukuman yang diterima oleh Huckle terlalu ringan. Adik kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak iaitu Nazir Razak, telah memuat naik gambar Huckle ke akaun Instagram miliknya pada Selasa dan menulis:

Cukupkah hukuman seperti ini? Saya menggalakkan para banduan dalam penjara yang sama dengan Huckle memberikan ‘hukuman’ yang setimpal.

Polis Malaysia bekerjasama dengan Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) Britain dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengenal pasti dan membantu mangsa.

Orang ramai boleh memberikan sebarang maklumat berkaitan dengan menelefon +603-2266 6297 atau e-mel [email protected]. –amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...