February 12th, 2016

Baru-baru ini, tiga penggiat seni telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang ( D.I.M.P) termasuk aktor Hans Isaac yang kini sudah bergelar Dato.

Buat Hans, ia sebagai satu penghargaan buat beliau yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama sekali pihak media dan peminat yang selalu menyokong kariernya.

Apabila saya menerima anugerah tersebut, perkara pertama yang mengamit nostalgia saya ialah arwah bapa saya. Sebelum ini arwah bapa saya turut menerima D.I.M.P.

Dikesempatan ini saya ucapkan terima kasih beribu-ribu kepada peminat saya, pengikut di Instagram dan tidak lupa juga kepada pihak media yang selalu menyokong perkembangan karier saya selama ini.

Berpengalaman dan sudah cukup masak dengan selok-belok dunia hiburan, Hans juga ada  memberikan nasihat buat pendatang baharu. Mengakui mereka kini lebih mudah untuk bergelar artis, Hans menyatakan jika mereka ingin berjaya jangan sesekali bersikap  terlalu mendabik dada dan harus menjaga disiplin dalam pekerjaan.

Paling penting dalam industri seni ialah mereka mesti ada disiplin diri dan jangan poyo. Sejujurnya untuk menjadi seorang selebriti mahupun artis di zaman ini sungguh senang. Ini kerana adanya platform yang tidak terhad berbanding di zaman saya dahulu adalah terhad untuk menonjolkan diri jadi tolonglah hargai dunia seni.

Nasihat Hans itu ada betulnya, ada sesetengah artis baharu walaupun tidak popular sudah mula bersikap diva dan tidak mementingkan disiplin dalam bekerja. Perkara seperti ini adalah punca mengapa mereka tidak boleh tahan lama dalam industri dan akhirnya nanti akan menyalahkan pihak lain pula..

Sumber Berita: Media Hiburan


Comments are closed.

Loading...