Pendapatan Tinggi Tanpa Ijzah, 9 Pekerjaan Ini Ada Di Malaysia. Dah Cuba?

Trending

Pendapatan Tinggi Tanpa Ijzah, 9 Pekerjaan Ini Ada Di Malaysia. Dah Cuba?

Job

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.

Advertisement

Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain.

Namun sedar atau tidak ada peluang pekerjaan yang mungkin nampak remeh tapi mampu menjana pendapatan yang lumayan. Berikut admin senaraikan 9 pekerjaan tersebut.

1. Juruterbang

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, sepertiMalaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.

3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.

Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di sini berkaitan pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar.

Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti diPetronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia)

 

4. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar)

5. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.

6. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

7. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

8. RoHS officer
RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS

9. Peniaga Online (Dropship)

Ramai orang sangka bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan online memerlukan modal besar, namun anda silap kerana anda mampu berjaya dalam bidang ini tanpa menggunakan modal yang besar.

Anda boleh bermula dengan konsep dropship, di mana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk stok barang. Cukup dengan mengeluarkan kos iklan dan pemasaran. Anda hanya perlu mengambil order sahaja.

Pos barang dan produk semua diurus pemilik produk. Mudah bukan? Ramai yang sudah berjaya menambahkan pendapatan mereka dengan hanya berusaha keras sebagai ejen dropship.

Mungkin anda boleh lakukan #2kerja untuk menjana pendapatan yang lebih. Ikut seperti yang disarankan bukan?

Apa-apa pun dengan keadaan ekonomi gawat ni, tak digalakkan memilih sangat kerja.

sumber : mynewshub

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...