Pendapatan Terjejas Selepas Pandemik, Artis Jadikan Hotel Sebagai Sarang Pelacuran

Kehidupan

Pendapatan Terjejas Selepas Pandemik, Artis Jadikan Hotel Sebagai Sarang Pelacuran

Hampir semua perniagaan tidak boleh beroperasi dan terkesan dengan Pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Baru-baru ini, sebuah hotel yang tidak beroperasi dijadikan tempat pelacuran khas buat remaja di bawah umur.

Kejadian itu dapat dikesan selepas anggota polis melakukan serbuan sebuah hotel yang dimiliki oleh seorang artis, Cynthiara Alona di Tangerang Kota, Banten sekitar 16 Mac lalu.

Advertisement

Kira-kira 30 buah bilik hotel dipenuhi 15 mangsa eksploitasi seksual bawah umur. Jurucakap polis Metro Jaya Yusri Yunus berkata, polis telah menahan dua lelaki dan seorang artis wanita.

hotel pelacuran

Tambahnya, Cynthiara merupakan pemilik hotel manakala dua lelaki berperanan untuk mencari pelacur dan menguruskan hotel tersebut. Modus operandi mereka terbongkar apabila menawarkan kanak-kanak di bawah umur di media sosial.

“Dia menjadikan hotel itu sarang pelacuran berikutan tiada pendapatan selepas pandemik Covid-19. Ejen dan bapa ayam cuba memikat mangsa dengan mengajak mereka bercinta”.

Mangsa kemudian dijual dengan harga 400,000 rupiah hingga satu juta rupiah (RM114 hingga RM286) dan kejadian itu berlaku selama tiga bulan.

sarang pelacuran

“Kemudian mereka akan menawarkan mangsa bawah umur dalam media sosial Michat khusus untuk lelaki hidung belang”. 

Difahamkan, menurut Datuk Bandar Tangerang Arief R Wismansyah, hotel itu mendapat permit operasi daripada pihak berkuasa.

“Kita cuma berikan permit hotel secara kontrak”.

SUMBER

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...