Pendapatan Terjejas Kerana COVID-19, Wany Hasrita Berjimat Cermat Dalam Berbelanja

Hiburan

Pendapatan Terjejas Kerana COVID-19, Wany Hasrita Berjimat Cermat Dalam Berbelanja

Penyanyi lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita,29, mengakui pendapatannya turut terjejas berikutan penularan COVID-19 yang dihadapi rakyat Malaysia malah seluruh dunia sejak setahun yang lalu.

Ujar Wany, pada ketika ini pastinya semua orang sedikit sebanyak berhadapan dengan masalah berkaitan kewangan namun perlu tahu menguruskannya dengan betul.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by WH (@wanyhasrita)

Kata Wany lagi, dia tidak terlepas dalam menghadapi masalah yang sama dan perlu berjimat sebaik mungkin.

“Saya pun tak terlepas daripada perkara itu. Jadi kita memang kena banyak-banyak berjimat. Saya pun sebenarnya masih lagi berkira-kira mengenai kewangan. Maksudnya, macam mana nak kecilkan komitmen bulanan sebab kita yang bekerja dalam industri hiburan ini pun bukan menerima gaji tetap..”

Namun begitu, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, dia tetap bersyukur rezekinya dalam dunia seni masih ada.

View this post on Instagram

A post shared by WH (@wanyhasrita)

Dia dalam pada itu turut meluahkan hasrat untuk mencuba pelbagai bidang selain bernyanyi seperti berlakon dengan lebih giat lagi selepas ini.

Wany yang sebelum ini pernah membintangi sebuah telefilem bersama penyanyi Haqiem Rusli dan Tajul Ariff menjelaskan bahawa minatnya pada bidang lakonan masih belum ada sebelum ini namun semakin berminat untuk menceburinya dengan lebih mendalam selepas aktif mengacara beberapa program TV pada Ramadan lalu.

View this post on Instagram

A post shared by WH (@wanyhasrita)

Perkembangan terkini, Wany berkata dia bakal muncul dengan single terbaru berjudul Pedas yang turut menampilkan Sophia Liana iaitu salah seorang anggota kumpulan De Fam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...