Mengakui pendapatannya agak sedikit terjejas sepanjang menghadapi wabak pandemik COVID-19 ini, pelakon dan pelawak Achey Bocey sempat berseloroh apabila mengatakan jika pendapatannya dikira sejak melibatkan diri dalam industri seni, dia kini sudah bergelar jutawan.
Walau bagaimanapun, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah berkara bahawa pendapatannya sedikit susut namun percaya akan ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi.
Achey menjelaskan bahawa pendapatan yang menyusut itu bukan sahaja disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan namun tangunggan lain yang perlu digalas terutamanya kepada ibu bapa dan mertua.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Kalau campur dari tahun 2013, saya sudah jutawan tapi sejak kebelakangan ini susut sedikit pendapatan. Bukan hanya kesan daripada PKP tapi saya banyak tanggungan terutama ibu bapa dan mertua. Adik beradik ada masalah kewangan pun saya akan toloing, Bukan saya tolong semua, saya akan tanya mereka susah dari segi apa, kalau boleh bantu saya akan bantu.”
Dia yang ditemui media baru-baru ini turut berharap untuk terus maju dalam bidang perniagaan. Perkembangan terbaru, Achey turut bercadang untuk membuka perusahaan kedai runcit seperti yang diusahakan penyanyi Lan Solo. Namun memikirkan banyak perancangan bisnesnya terkandas sebelum ini gara-gara PKP, Achey berharap peminat di luar sana dapat mendoakan yang terbaik dalam usaha merealisasikan impiannya itu, selaras dengan azam tahun baharu 2021, kini.