Hebat!!! Siapa kata jadi artis tidak boleh jadi kaya? Kalau kena cara, gaya dan tekniknya, anda boleh memperolehi pendapatan melebihi angka juta setiap tahun. Terkejut juga Abang Nara membaca laporan mengenai perkara ini di Metro Ahad semalam. 5 selebriti wanita iaitu Yuna, Soo Wincci, Shila Amzah, Neelofa dan Najwa Latiff dikatakan memperolehi pendapatan bernilai jutaan ringgit setahun. Mantap bukan?
Walaupun informasi ini tidak disahkan oleh empunya badan, namun sedikit sebanyak ia menunjukkan yang kita boleh berjaya di dalam bidang industri hiburan sekiranya berusaha keras dan berbakat. Berikut ialah senarai yang dikeluarkan oleh Metro Ahad semalam mengikut turutan.
1. Yuna – RM5 juta setahun. Dikatakan Yuna dibayar RM120,000 untuk menyanyikan lagu “Shine Your Way” bersama Owl City. Yuna turut menjadi duta Canon, Samsung Galaxy Note, Maybank, Astro, KakaoTalk, Malaysia Airlines dan Olay. Turut dikira ialah royalti lagu ciptaannya dan juga pulangan lumayan melebihi RM1 juta konsert orkestra Yuna di Istana Budaya. Terbaik!!!
2. Shila Amzah – RM2.5 juta setahun. Dikatakan kontrak selam 6 tahunnya bersama Shanghai Media Group bernilai RM5 juta. Shila turut mengikat kontrak sebagai duta produk Safi Balqis selama 3 tahun. Selain itu Shila juga adalah duta Persahabatan Malaysia China dan duta 1Malaysia. Mantap bukan?
3. Soo Wincci- RM1.5 juta setahun. Pernah dilantik sebagai duta Samsung LED, Soo Wincci juga merupakan duta produk Avon dan kasut XES. Persembahannya di Taiwan dan beberapa negara Asia lain turut menyumbang kepada pendapatan bernilai jutaan ringgit. Tahniah Soo Wincci!!!
4. Neelofa – RM1 juta setahun. Merupakan duta buat produk LINE, Avon, Petronas, Fashion Valet, tilam King Koil dan banyak lagi, Neelofa turut mengeluarkan produk kecantikannya sendiri yang menyumbang kepada pendapatan jutaan ringgitnya. Awesome sungguh!!!
5. Najwa Latiff – RM1 juta setahun. Mnafikan pendapatannya mencecah angka juta, Najwa Latif memaklumkan ia mencecah angka RM500,000 setahun. Itu satu angka yang cukup tinggi pada pandangan Abang Nara. Najwa adalah duta UNITAR dan royalti daripada lagu ciptaannya turut menyumbang kepada pendapatan ini. Tahniah Najwa!!
Semoga kejayaan para jelitawan ini akan meningkatkan lagi semangat artis-artis lain untuk turut sama berjaya. Apa yang Abang Nara perhatikan, kebanyakan mereka mempunyai produk mereka sendiri sama ada lagu ciptaan atau produk kecantikan. Selain itu keberanian meneroka pasaran luar turut menyumbang kepada pendapatan tinggi. Tahniah dan semoga ia dicontohi oleh rakan-rakan artis yang lain.