Pendapatan Sehingga RM1.9 Juta Seminggu, Ozil Tak Sedia Gaji Dipotong

Kehidupan

Pendapatan Sehingga RM1.9 Juta Seminggu, Ozil Tak Sedia Gaji Dipotong

Penularan wabak COVID-19 sangat meninggalkan kesan buruk kepada ekonomi negara. Hal ini terjadi kerana terdapat banyak sektor yang terpaksa menghentikan aktiviti mereka sekaligus memberi kesan kepada pendapatan rakyat .

Selain itu, aksi liga perdana Inggeris juga turut terpaksa ditangguhkan ekoran masalah penularan virus tersebut.

Advertisement

Bagi menanggani krisis serius akibat pandemik COVID-19 ini, seluruh pasukan Arsenal dikatakan telah membuat perjanjian “sukarela” dengan membenarkan pemotongan gaji tahunan sebanyak 12.5% setiap seorang dengan senang hati.

Namun, perkara tersebut tidak dipersetujui oleh tiga orang pemain dalam skuad The Gunners dan antaranya adalah Mesut Ozil yang dikatakan mempunyai pendapatan gaji tertinggi berbanding pemain yang lain.

Pemain tengah yang berusia 31 tahun itu dikatakan telah menerima gaji sebanyak 350,000 pound (RM1.9 juta) seminggu.

Gambar Hiasan

Berkenaan perkara tersebut, Ozil dikatakan tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru kerana ingin melihat dulu impak kewangan yang dialami Arsenal susulan pandemik COVID-19 sebelum dia membenarkan gajinya dipotong.

Advertisement

Bagaimanapun, bekas pemain Real Madrid itu menghormati keputusan dibuat oleh rakan-rakan sepasukannya yang lain.

Difahamkan, sebelum cadangan pemotongan gaji itu dibuat, pihak Arsenal telah mendapatkan usul cadangan terlebih dahulu kepada semua pemain. Antaranya, pemain akan ditawarkan dengan skim insentif gaji dengan melihat semua pemain bakal menerima gaji penuh jika mereka layak ke Liga Juara-Juara musim ini atau musim depan dan penerimaan bonus sebanyak 100 ribu paun dan 7.5 peratus bayaran semula gaji yang dipotong jika mereka layak ke Liga Europa.

Walaubagaimanapun, ejen Ozil, Dr Erkut Sogut memberitahu bahawa dia yakin bahawa bukan semua pemain perlu menerima cadangan pemotongan gaji tersebut, kerana Arsenal tidak menghadapi sebarang masalah kewangan.

Ianya tidak cukup apabila kelab hanya menunjukkan kertas cadangan pemotongan gaji kepada skuad utama dan meminta berbuat demikian.

Dia juga berharap, pihak Arsenal untuk berbincang dengan pengurus skuad utama terlebih dahulu untuk mengukuhkan segala alasan perkara itu dibuat, memandangkan mereka juga bimbang dengan segala masalah yang mungkin akan timbul kelak.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...