Pendapatan Imam Muda Syed Faris Jadi Isu, Bekas Isteri Mahu Proses Tuntutan Nafkah Anak Selesai Luar Mahkamah

Hiburan

Pendapatan Imam Muda Syed Faris Jadi Isu, Bekas Isteri Mahu Proses Tuntutan Nafkah Anak Selesai Luar Mahkamah

Memandangkan kedua-dua belah pihak masih belum bertemu kata putus, proses tuntutan nafkah anak oleh bekas isteri kepada pendakwah bebas Imam Muda Syed Mohd Faris Syed Roslan iaitu Nur Hidayu dikhabarkan bakal mengambil masa panjang.

Pendapatan Imam Muda Syed Faris Jadi Isu, Bekas Isteri Mahu Proses Tuntutan Nafkah Anak Selesai Luar Mahkamah

Advertisement

Menurut Faris, proses sulh yang berlangsung pada Selasa terlalu drastik menyebabkan mereka perlu mengambil masa bagi perbincangan seterusnya.

“Saya harap semua doakan supaya rancangan dan masa depan anak-anak lebih terjamin. Hari ini prosiding memang tentang anak-anak sahaja.”

Bagaimanapun, Hidayu memaklumkan beliau enggan memanjangkan kes berkenaan ke peringkat bicara di hadapan hakim. Hal ini kerana, isu pendapatan Faris perlu diketengahkan sebelum sebarang kata putus dibuat.

Pendapatan Imam Muda Syed Faris Jadi Isu, Bekas Isteri Mahu Proses Tuntutan Nafkah Anak Selesai Luar Mahkamah

“Jika boleh kami mahu selesaikan perkara itu (tuntutan) di luar mahkamah dengan cara yang baik.”

Kedua-dua mereka ditemui selepas selesai proses sulh yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada Selasa.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Hidayu membuat pendedahan diceraikan finalis program Imam Muda musim kedua pada 2014 itu selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Pendapatan Imam Muda Syed Faris Jadi Isu, Bekas Isteri Mahu Proses Tuntutan Nafkah Anak Selesai Luar Mahkamah

Lebih perit, beliau diceraikan dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Malah mendakwa dirinya pernah dikasari oleh madunya selepas Faris bercadang mahu menceraikan salah seorang daripada mereka.

Untuk rekod, Hidayu dan Faris dikurniakan lima cahaya mata iaitu Sharifah Aisyah, Syed Husayn, Sharifah Fatimah, Syed Muawiyyah, dan Sharifah Safiyyah. Malah sepanjang perkahwinan itu juga, Hidayu dikatakan pernah mengalami keguguran sebanyak empat kali.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...