“Pendapatan Dari Youtuber Banyak Yang Haram” – Ustaz Abu Syafiq

Hiburan

“Pendapatan Dari Youtuber Banyak Yang Haram” – Ustaz Abu Syafiq

Berpendapat pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya haram, pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq akui pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di muka bumi ini.

"Pendapatan Dari Youtuber Banyak Yang Haram" - Ustaz Abu Syafiq

Advertisement

Hal ini kerana, beliau beranggapan bahawa ramai YouTuber kini semakin merana.

“Pendapatan dari Youtuber ada halal ada haram. Namun kini banyak yang haram juga. Menjadi seorang Youtuber bukanlah menjamin kesenangan hidup duniawi. Lebih ramai Youtuber yang merana berbanding yang okey sedikit.”

Kata Abu, seeloknya jauhkan diri daripada fitnah kerana di luar sana banyak kerja lain yang boleh dilakukan.

"Pendapatan Dari Youtuber Banyak Yang Haram" - Ustaz Abu Syafiq

“Banyak kerja di luar sana yang memerlukan anda. Jauhi fitnah Youtuber yang jenis sering memfitnah. Beryoutuberlah secara halal dan tidak menyusahkan diri sendiri dan keluarga.”

Bagaimanapun, sehingga kini, Abu tidak menyatakan siapa gerangan yang dimaksudkan.

Terdahulu, Abu pernah memfailkan saman di mahkamah terhadap pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris bersama seorang lagi individu kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.

"Pendapatan Dari Youtuber Banyak Yang Haram" - Ustaz Abu Syafiq

Malah, wakil peguam Abu juga, telah menghantar surat mahkamah menuntut RM1 juta ringgit, berserta permohonan maaf.

Meskipun begitu, Amin dilihat langsung tidak gentar dengan tuntutan dibuat Abu, malah memohon agar saman terhadap dirinya diteruskan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...