Pendapatan Astro Terjejas, Ramai Bertukar Ke Platform Yang Lebih Murah?

Trending

Pendapatan Astro Terjejas, Ramai Bertukar Ke Platform Yang Lebih Murah?

Terkini, peralihan pengguna kepada platform yang lebih murah seperti NJOI telah memberi kesan kepada pendapatan Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) pada suku keempat tahun kewangan 2021.

Ujar MIDF Research dalam nota penyelidikannya berkata, pandemik COVID-19 dan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun ini turut memberi impak kepada Astro.

Advertisement

Firma penyelidikan berkata, ketika PKP, pengguna lebih memilih untuk mengekalkan aliran tunai atau menggunakan platform alternatif yang lebih murah sebagai langkah berhati-hati dalam menguruskan kewangan.

Katanya, mereka menyaksikan pendapatan prabayar NJOI meningkat sebanyak 36 peratus suku ke suku disebabkan oleh pengembangan pek kandungan dan pengedaran, dengan menyasarkan segmen pelanggan yang mementingkan anggaran.

Pendapatan purata setiap pengguna (ARPU) bagi TV berbayar pula merosot 3.2 peratus kepada RM96.90 pada tahun kewangan 2021 berbanding RM100 pada tempoh sama tahun sebelumnya.

“Pendapatan suku keempat tahun kewangan 2021 Astro turun 9.5 peratus tahun ke tahun kepada RM1.11 bilion”

Pendapatan daripada segmen langganan dan pengiklananannya juga mencatatkan penurunan masing-masing pada RM797.5 juta (-10 peratus tahun ke tahun) dan RM83.9 juta (-12 peratus tahun ke tahun).

“Namun, seperti penyedia perkhidmatan TV yang lain, Astro berjaya mengimbangi jurang ini melalui pendapatan yang lebih tinggi dalam segmen membeli-belah di rumah,” katanya.

Mana-mana platform pun ada kebaikan dan keburukannya, pembeli bolehlah nilai sendiri mana yang terbaik. Paling penting mampu bayar tiap bulan ya!

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...