January 23rd, 2017

Secara jujur, semalam Abang Nara hanya layan AJL31 gitu-gitu sahaja. Tak ada nak fokus 100%. Entah kenapa memang tak ada mood dan tak begitu excited sangat. Tidak seperti zaman muda-muda dulu. Sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata perasaan tersebut. Namun pendapat Chef Wan tentang AJL31 semalam adalah sama 100% dengan apa yang Abang Nara rasai. Secara kesimpulannya, memang faktor usia yang sudah semakin meningkat menyebabkan hilangnya rasa teruja untuk menonton majlis-majlis anugerah seperti ini.
chef wan

Selain faktor usia, antara beberapa points lain daripada komentar panjang lebar Chef Wan ialah:-

1. Penyanyi kita sekarang kurang kualiti
2. Hos ramai sangat dan banyak merapu
3. Dayang Nurfaizah punya vokal awesome
4. Syamsul Yusof pandai menyanyi
5. Orang lama kurang minat rock, hip-hop dan lagu trend terkini

Jom baca luahan panjang lebar Chef Wan tentang AJL31:-

Dah berzaman tak mengikuti lagu2 Melayu ini tonight i tried to watched Juara Lagu.
Personally i find it hard to enjoy some of the male singer song.

Lain rasanya quality penyanyi zaman Juara Lagu i grew up and so used to then what i see tonight.
May be the music and song are just not my cup of tea and saya cepat rasa bosan apa tah lagi quality suara penyanyi itu sendiri yg some i find to be tak sedap for my ears.

Wow susah juga bila nak Host dan MC beramai ramai ini and its a tough job to keep the audiences entertain and in good spirit with seem as merapu too much and abit of a drag. Obviously there should be some chemistry between all of them kan.

Ya la bila kita ni dah jadi golongan orang lama apa tah lagi kurang berminat lagu2 rock, hip hop mau pun rap and more towards the Jazz type perhaps that is why i cannot seem to enjoy or appreciate some of this performance. Ya la masa pun sudah berubah.

Kita pulak rasa mcm ketinggalan zaman pulak and i kept asking myself where are all the quality singers and voices in my mind.May be its just me feeling that way.. Baik apa pun its just my own personal view and opinion sahaja.
Waiting for one of my favorite female singer Dayang pulak. Jacky opening song for Gemilang was Wow! Loved the song and its lyric.

Even enjoyed Shamsul and Mawi voice. Didnt know Shamsul anak Yusoff Haslam tu can sing. Ketinggalan zaman saya asyik tengok American Idol with all that super quality singer voices sampai lupa lagu2 Melayu baru pulak. Seriously i have not watched for years and years as masa pun tak ada.

Super loved Dayang song tonight.Lyric so wonderful and her voice is so powerful.Memang vocal terbaik so far.I hope she will win the best vocal tonight. Hafiz and Misha Omar song pun baik but tak sehebat lagu Dayang and her performance la to me that seem more powerful. But i like the song lyric though.

Their music composition tu mcm dah selalu dengar rasanya rentak nya bila dua penyanyi berduet to my ears lah.
Despite that its still a good song compared to so many others yg compete tonight.

chef wan

Apa pula perasaan anda apabila menonton AJL31 semalam? Adakah anda berpuas hati dengan mutu keseluruhan anugerah tersebut. Secara jujur, kalau anda dah lebih kurang usia Abang Nara (34 tahun), mungkin dah terasa malas dan tak mampu nak melayan anugerah-anugerah sebegini. Namun lain orang lain pendapatnya. Kongsikan komentar anda di ruangan komen di bawah. Sumber Instagram Chef Wan.


Comments are closed.

Loading...