Pendakwah Terkenal Kedah Ditahan SPRM, Didakwa Seleweng Dana & Salah Guna Kuasa

Berita

Pendakwah Terkenal Kedah Ditahan SPRM, Didakwa Seleweng Dana & Salah Guna Kuasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman dua individu termasuk seorang pendakwah bebas kerana disyaki menyalahgunakan kuasa meluluskan bayaran kira-kira RM600,000 sebagai balasan mengumpul dana bagi sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah.

Perintah reman selama sehari terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Noorfazlina Musa selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Advertisement

Menurut sumber, kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30-an ditahan kira-kira jam 1 petang Rabu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang masing-masing merupakan Pengarah Urusan syarikat dan Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut sekitar September 2018.

“Suspek utama, seorang lelaki, dipercayai telah menyalahgunakan jawatannya dengan bersubahat bersama suspek kedua, seorang wanita, apabila meluluskan bayaran kira-kira RM600,000 kepada dirinya sebagai bayaran pengumpul dana tanpa mendapatkan kelulusan daripada rakan kongsi lain,” katanya.

Tambah sumber, siasatan yang dijalankan oleh SPRM Kedah bersama Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM telah bermula sejak Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong, ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap kedua-dua suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang berkaitan kesalahan salah guna kuasa. – SINAR HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ambulance
2026-02-05 11:50:45

KKM Sahkan Kluster Tibi Di Kota Tinggi, 33 Kes Positif Dikesan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...