Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus meninggal dunia di kediamannya di Ampang, Selangor jam 12.30 tengah malam tadi. Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah itu.
“Dukacita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,”
Sebelum ini, Ismail dilaporkan menjalani rawatan di Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur sejak 26 April lalu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut berkongsi kesedihan atas pemergian tokoh agama itu melalui Twitternya.
Rasa sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadhan al-Mubarak, tatkala mendapat perkhabaran pemergian Ustaz Dato’ Ismail Kamus ke rahmatullah.
Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan anak murid almarhum, semoga sabar dan redha atas ujian ini. pic.twitter.com/YHq9T5DwuS
— Abdul Hadi Awang (@abdulhadiawang) May 7, 2020
Allahyarham merupakan pengasas dan penasihat Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia turut dilaporkan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara pada 9 Mei lalu.
Solat jenazah Allahyarham dilangsungkan di Masjid As-Sobirin, AU5 Keramat pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Keramat pada jam 11 pagi.
Pastinya rasa sedih menyelubungi suasana di bulan Ramadan al-Mubarak ini, dengan perkhabaran pemergian Datuk Ismail Kamus yang banyak berjasa di negara ini.