Pendakwah selebriti, Iddin Ramli, mencuri perhatian selepas ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa bersedudukan dalam sebuah kereta.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Iddin menjelaskan kepada pihak berkuasa bahawa dia sebenarnya sedang menunggu pekerjanya bersama isteri, Bella.
Tambah pendakwah berusia 28 tahun itu, walaupun sudah lima tahun berkahwin, dia tidak pernah memohon kad kahwin.
Saya tiada kad kahwin. Ini perkahwinan tahun yang kelima, saya tak pernah mohon dan tak pernah buat kad kahwin.
Namun begitu, Iddin berjaya membuktikan kesahihan perkahwinannya dengan menunjukkan gambar perkahwinan bersama isterinya kepada pihak berkuasa.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang sudah berumah tangga turut berkongsi bahawa mereka juga tidak memohon kad kahwin. Selain itu, warganet berharap agar pejabat agama dapat menaik taraf sistem pemeriksaan status perkahwinan melalui aplikasi bagi memudahkan semakan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.