Pendakwah Gelar Suami ‘Dayus’ Benarkan Doktor Lelaki Sambut Kelahiran Anak – “Kenapa Biar Dia Tengok ‘Bawah’ Bini Awak?”

Kehidupan

Pendakwah Gelar Suami ‘Dayus’ Benarkan Doktor Lelaki Sambut Kelahiran Anak – “Kenapa Biar Dia Tengok ‘Bawah’ Bini Awak?”

Bagi pasangan suami isteri yang tidak mampu untuk membayar kos melahirkan anak di hospital swasta, sudah tentu hospital kerajaan menjadi pilihan kan?

Tidak seperti di swasta, jika hospital kerajaan kita tidak boleh memilih jantina doktor yang bakal menyambut kelahiran anak.

Advertisement

isteri minta cerai suami bagi nafkah sikit
2 years ago

"Nak Bersalin Hospital Swasta Je" - Tuntut Cerai Sebab Suami Bagi Nafkah Sikit, Rupanya Isteri 'Demand' Lebih

Namun, kenyataan seorang pendakwah ini mengundang kritikan dan kecaman ramai warganet selepas dia mempersoalkan suami yang membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak.

Tular di TikTok rakaman berdurasi 3 minit menunjukkan pendakwah wanita tersebut mengkritik para suami dan menggelar mereka dayus hanya kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri.

Ramai doktor (wanita) bersalin, kenapa dibiarkan doktor lelaki juga yang nak sambut bini awak? Tengok ‘bawah’ bini awak?”

Bukan itu sahaja, dia malah turut memberi cadangan agar suami biaya kos isteri bersalin di hospital swasta agar dapat memilih doktor wanita.

@sunnahtidakberbohong

#doktorlelakisambutisteribersalin #sakitoperationsakitnyaselamanya #suamiwajibjagaisterioperationseumurhidupnyadenganbaik #sunnahtidakpernahberbohong

? bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin – Siti Afifah Shahbudin

Pendakwah itu juga turut mencadangkan agar suami mengumpul duit setiap bulan selama 9 bulan sebelum isteri melahirkan, jika mereka tidak mampu membayar kos di hospital swasta.

‘Ceramah’ daripada pendakwah berkenaan meraih perhatian ramai dan sehingga kini telah ditonton sebanyak lebih 1.9 juta kali di TikTok.

Rata-rata netizen mengkritik kata-kata pendakwah tersebut terutamanya apabila dia menggelar suami sebegitu sebagai dayus.

Sesetengah netizen persoal tentang ‘darurat’ dalam isu melahirkan anak ini kerana kebanyakan rakyat memilih hospital kerajaan kerana tidak berkemampuan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...