Pendakwah Dakwa Pernikahan Sabri Yunus & Angeline Tan Tak Sah, Dikira Berzina – “Agamawan Tidak Harus Bersikap Begitu”

Hiburan

Pendakwah Dakwa Pernikahan Sabri Yunus & Angeline Tan Tak Sah, Dikira Berzina – “Agamawan Tidak Harus Bersikap Begitu”

Tular rakaman mempamerkan seorang pendakwah berkata pernikahan pelakon Sabri Yunus dan isterinya, Angeline Tan tidak lengkap maka ia tidak sah di sisi agama.

Kata pendakwah itu, Sabri menjawab ijab dan qabul ketika akad nikah itu secara ringkas dengan hanya menyebut ‘Saya terima dengan seperti yang disebutkan’.

Advertisement

Tidak berdiam diri, Sabri mengeluarkan kenyataan panjang dan memberi respon terhadap tuduhan pendakwah itu yang berkara mereka berdua dikira berzina.

angelina tan
1 year ago

"Banyak Dia Ajar & Bercerita" - Angelina Tan Terbuka Hati Peluk Agama Islam Atas Bimbingan Sabri Yunus

Menerusi Facebook, Sabri berkata mengatakan akad nikahnya tidak sah dan berzina itu adalah satu tuduhan yang berat dan berkata pendakwah yang tidak memahami maksud ‘setuju’ daripada lafaz qabulnya itu mempunyai pemikiran selemah manusia.

Yang kata dia keliru itu ada lah orang yg sangat lemah pemikirannya atau yang sengaja melemahkan fikirannya.

@abuzurah107♬ original sound – abuZurah

Dalam pada itu, Sabri turut menyelar pendakwah tersebut dan berkata kenyataan dikeluarkannya adalah kerana dia tidak sealiran dengan jurunikahnya iaitu Dr Maza.

Tambah Sabri, dalam video itu pendakwah berkenaan turut mengaitkan dan membicarakan tentang isu lain yang tidak kena mengena dengan pernikahan mereka berdua.

Ada bau permusuhan antara mereka. Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...