Baru-baru ini didapati seorang pendakwah bebas akui kesal dengan sebuah stesen televisyen apabila tidak melunaskan bayaran kerja yang telah dilaksakan untuk pihak tersebut.
Menurut laporan, pendakwah yang katanya berumur 30 tahun itu kecewa apabila duit yang dipersetujui sebagai bayaran kerja masih belum diterima hingga ke hari ini. Tambah individu tersebut, bayaran yang tertunggak mencecah hampir puluhan ribu ringgit.
Stesen TV tu berhutang banyak sampai dia tak tahu nak kongsi masalah dengan siapa lagi.
Kata rakan selebriti kepada pendawah bebas itu, walaupun dia tidak mahu menghebohkan isu tersebut kerana khawatir akan menjejaskan dirinya sendiri, namun dia terlalu buntu lalu menceritakan masalah itu.
Tambahnya, dia sebagai rakan juga tidak dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi temannya itu. Sumber juga telah mencuba untuk menghubungi pendakwah bebas itu tetapi tidak mendapat sebarang respon buat masa kini.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.