Pendakwah Bebas Ini Anggap Wanita Muslim Bergambar Hadapan Daging Khinzir Memualkan

Trending

Pendakwah Bebas Ini Anggap Wanita Muslim Bergambar Hadapan Daging Khinzir Memualkan

Seorang pendakwah bebas terkenal yang juga memegang jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya menerusi akaun Twitternya memuat naik status menyelar tindakan beberapa orang wanita muslim yang bergambar sambil ‘thumbs up’ di hadapan hidangan daging khinzir yang dipanggang.

Advertisement

Menurutnya, perbuatan itu sangat memualkan kerana orang Islam diharamkan untuk memakan daging khinzir. Untuk apa hendak bergembira pula?

Jika anda lihat pada foto berkenaan, berkemungkinan ia diambil sekitar majlis perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Rat-rata netizen agak kurang setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Fathul.




Pada mereka apa salahnya untuk kita rakyat Malaysia dalam komuniti majmuk ini menghormati bangsa lain dan budaya mereka. Janganlah seakan mencela orang lain.  Tambahan pula, ‘thumbs up’ itu hanya bertujuan untuk bergambar dan tiada kena-mengena dengan daging khinzir itu.


Apa pula pendapat anda? Adakah salah untuk seorang Muslim bergambar seperti ini?

Sumber Berita : Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...