Baru-baru ini, kita sekali lagi digemparkan dengan berita dimana pendakwah bebas, Da’i Farhan dikatakan menerima penganugerahan Diploma Perubatan Islam. Ia sekaligus menangkis kata-kata netizen yang mendakwa perubatan Islam tidak setanding perubatan moden.
Namun, rata-rata netizen yang menyifatkan pendakwah itu seakan-akan menunggang agama. Malah, ramai yang mempertikaikan kesahihan sijil diploma terbabit.
Tidak dinafikan ilmu agama itu luas dan mempunyai seribu satu manfaat kepada manusia, tetapi ada segelintir pihak menggunakan agama semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Tidak boleh lihat orang mempergunakan agama untuk mengaut keuntungan
Melihat perkara itu yang semakin berleluasa di Malaysia, Dr Amalina meluahkan rasa kecewa mengapa tiada tindakan tegas yang diambil terhadap mereka yang menipu menggunakan agama demi kepentingan diri.
Kenyataan Dr Amalina mendapat pelbagai reaksi netizen dan kebanyakannya bersetuju dengan pandangan terbabit.
Penulis bukanlah seorang manusia yang sempurna, mahupun seorang yang arif dalam bab agama. Namun, sekadar pendapat, janganlah kita mempergunakan agama hanya kerana mahu mengaut untung besar. Perbuatan itu agak melampau dan memburukkan lagi imej agama Islam.

Anonymous
December 17, 2019 at 1:54 pm
biasa laaa Dr.Amalina.. netizen ni mane nk dgr ckp para doktor professional…
lebih lagi founder timbang kilo ni org pakai tudung… produk kilo nmpk suci ler… tua besok habiskan duit yg ade kt kwsp tuk rawatan hospital… pastu meratap hidup miskin kedana xmampu beli beras…
alfie
December 17, 2019 at 1:13 pm
Alhamdullilah dengan susu pisang ajaib Nelofa penawar segala penyakit dan ilmu & mukjizat Doctor Farhan Mutawwif sebagai rakyat malaysia saya rasa BERTUAH kita mempunyai 2 tokoh agong ini!!
Anonymous
December 16, 2019 at 1:00 pm
CUBA MEDIA MEDIA SINGKIRKAN DAJJAL LAKI BINI NI-DON WRITE ANYMORE ARTICLES ABOUT THIS DISCUSSTING STUPIDER HUMAN BEING ON EARTH
Anonymous
December 16, 2019 at 12:52 pm
DIPLOMA SAJA KOT BUKAN PHD MASIH BLUM DI GELAR DOKTOR ,KEMENTERIAN KESIHATAN NI KNAPA PULA EH LEMBAB SIKIT,AMBIK TINDAKAN JANGAN SEWENANG WENANGNYA MEREKA NI PERGUNA TITTLE SELAGI GELARAN DOKTOR TU DIIKITIRAFKAN,NI LAKI BINI PENIPU DAJJAL DI BENUA MALAYSIA