Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes Prima Facie, Enam Tertuduh Bunuh Zulfarhan Osman Perlu Bela Diri

Trending

Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes Prima Facie, Enam Tertuduh Bunuh Zulfarhan Osman Perlu Bela Diri

Kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, pada 1 Jun 2017 menggemparkan negara apabila dia dikatakan mangsa penderaan kejam enam rakan satu batalion dengannya kerana dituduh mencuri komputer riba oleh mereka. Hari ini Mahkamah Jalan Duta telah bersidang dan selepas lebih dua tahun, mahkamah hari ini memerintahkan enam tertuduh 302KK dan 12 lagi tertuduh 330KK membela diri setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas mereka.

 

Advertisement

Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali masing-masing perlu membela diri ada 2 Oktober ini di Mahkamah sama.

Begitu juga dengan 12 orang tertuduh 330KK yang lain iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zin, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhamad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany, Mohamad Syazwan Musa dan Muhammad Hasif Ismail.

Sementara itu, Muhammad Akmal Akif Alias, 23, kini dibebaskan secara mutlak daripada pertuduhan di bawah Seksyen 330KK. Dia ialah satu-satunya tertuduh yang dibebaskan dari pertuduhan kerana tidak terlibat dengan penderaan tersebut. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...