Pada Oktober 1999, tragedi buruk menimpa pendaki terkemuka dunia, Alex Lowe dan jurugambarnya, David Bridges mendaki puncak Shishapangma, Tibet di ketinggian 8,013 meter apabila mereka ditimpa runtuhan salji.
16 tahun selepas itu, secara tepatnya minggu lalu, mayat kedua-dua pendaki itu ditemui masih dalam terperangkap di dalam ais.
Lowe, 40, disifatkan sebagai seorang pendaki yang terunggul dan terkenal dalam komunitinya kerana pernah menyelamatkan nyawa pendaki lain.
Pendakian pada 1998 itu, yang turut disertai oleh rakan Lowe, Conrad Anker, yang hanya cedera ringan berikutan runtuhan tersebut.
Anker dan beberapa pendaki lain telah cuba mencari Lowe dan jurugambarnya selama beberapa hari sebelum ia dihentikan.
Laporan CNN menyebut, mayat kedua-dua pendaki itu ditemui masih bersalut dalam ais bewarna biru.
Mayat mereka dijangka dibawa keluar dari kawasan pergunungan dalam masa beberapa hari lagi.
Balu Lowe, Jennifer Lowe-Anker, menyifatkan penemuan itu sebagai penutup kepada satu penantian yang sangat lama.
Jennifer kini sudah berkahwin dengan sabahat Lowe, Anker.
Mayat kedua-dua pendaki itu ditemui oleh Ueli Steck, 39 dan David Goettler, 37, ketika sedang mendaki gunung yang sama.
“Dia berkata, ‘Kami menemui dua mayat’.
“Mereka berada dalam keadaan sangat rapat. Beg galas North Face merah dan biru. Bot Koflach kuning. Itu semua peralatan masa zaman dahulu“, kata Anker yang yakin dengan penemuan itu.