Pendaki Hilang Di Gunung Liang Ditemukan Ma*t, Netizen Gesa Pihak ‘Sweeper’ Bertanggungjawab – “Arwah Ditinggalkan Berseorangan”

Kehidupan

Pendaki Hilang Di Gunung Liang Ditemukan Ma*t, Netizen Gesa Pihak ‘Sweeper’ Bertanggungjawab  – “Arwah Ditinggalkan Berseorangan”

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu ketika mendaki Gunung Liang di Tanjong Malim ditemui meninggal dunia petang semalam, memetik Berita Harian.

Menurut Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, mangsa dikenali sebagai Mustaqqeem Mansoor, 34, dari Sungai Petani, Kedah, ditemukan sekitar 3.30 petang di puncak Gunung Liang Barat.

Advertisement

pendaki gunung liang hilang dilaporkan maut

Ketua operasi melakukan pencarian mangsa dengan mengaplikasikan konsep LAST dan mengikuti peta laluan pendakian sehingga ke lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu melibatkan 22 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) Slim Village serta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Difahamkan, mangsa bersama 10 rakan lain memulakan pendakian dari Bukit Fraser, Pahang pada 10 Oktober lalu dan dijadualkan turun melalui Gunung Liang. Namun, kali terakhir mangsa dilihat pada Selasa, sekitar jam 10.30 malam di puncak Gunung Liang Barat, dalam keadaan sakit kaki dan berjalan perlahan.

pendaki gunung liang

Shazlean berkata, helikopter bomba dijangka digunakan untuk membawa turun mangsa dari lokasi kejadian sekitar 9 pagi hari ini.

Berdasarkan laporan dari Unit Udara Bomba, penggunaan helikopter tidak dapat dilakukan pada masa ini atas faktor cuaca.

Pasukan penyelamat kedua akan naik ke atas bersama kelengkapan bagi menggantikan pasukan pertama dan akan bermalam di puncak Gunung Liang

Terdahulu, media melaporkan Mustaqqeem hilang semasa mendaki bersama kumpulan rakan-rakan, sebelum operasi SAR dilancarkan bagi mengesan mangsa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rogol berkumpulan
2025-10-16 12:40:12

Lagi Kes Rog*l Berkumpulan Berlaku Di Sekolah, Kali Ini Di Baling, Kedah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...