Pencinta Kucing? Ini 5 Perkara Yang Anda Mungkin Tak Tahu Tentang Haiwan Comel Ini

Hiburan

Pencinta Kucing? Ini 5 Perkara Yang Anda Mungkin Tak Tahu Tentang Haiwan Comel Ini

tak dapat kucing betul, patung kucing pun oklah untuk budak 2 orang nie

Kucing adalah sejenis haiwan yang sangat comel, manja dan menggeramkan. Zaman kanak-kanak dulu, Abang Nara sekeluarga ada membela beberapa ekor kucing. Seronok tengok keletah mereka yang menghiburkan. Bila dah dewasa ini , teringin juga nak kembali membela kucing. Namun usia anak-anak yang masih kecil menyebabkan Abang Nara membantutkan hasrat tersebut. Kang tak pasal-pasal kucing tersebut trauma kena lanyak dengan 3 orang anak Abang Nara. Hehehe.

Abang Nara percaya ramai pembaca BeautifulNara yang merupakan pencinta kucing. Pasti ramai yang membela kucing di rumah kan? Ha, hari ini Abang Nara nak kongsikan 5 perkara yang mungkin anda tidak tahu tentang haiwan comel ini. Perkara-perkara itu ialah:-

Advertisement

1. Kucing boleh minum air laut

Kucing mempunyai buah pinggang yang boleh mengasingkan garam daripada air laut sekaligus membolehkan mereka meminum air laut. Kalau kucing sesat di lautan, peluang untuk mereka survival adalah lebih tinggi berbanding manusia. Fuh!!!

2. Kucing boleh mendengar ikan lumba-lumba

Ikan lumba-lumba menggunakan gelombang ultrasonik untuk berkomunikasi. Kucing pula boleh mendengar bunyi ultrasonik tersebut. Secara teorinya, kucing boleh mendengar apa yang dikatakan oleh ikan lumba-lumba. Lepas ini boleh lah 2 ekor haiwan ini jadi best friend kan?

3. Lagi banyak anda bercakap dengan kucing, lagi banyak dia akan bercakap dengan anda

Sekiranya anda mempunyai kucing di rumah, balik dari kerja nanti sila buat eksperimen “bercakap” dengannya. Masa tengah tengok tv tue, letak kucing di atas riba dan berborak dengannya. Ceritalah apa-apa sahaja. Praktikkan perkara ini seminggu dua. Anda pasti akan perasan yang kucing tersebut akan lebih banyak “meow” selepas beberapa hari. Dia pun ada benda nak sharing dengan anda. Hehehe.

4. Kucing tidur selama 16 hingga 20 jam sehari

Kucing memang kuat tidur. Sehari kucing boleh tidur sehingga 20 jam. Kalau anda ada kucing di rumah, memang anda akan nampak dia terbaring lena je sepanjang masa, terutama pada waktu siang. Ini kerana kucing perlu menyimpan tenaga mereka untuk melakukan aktiviti mereka pada waktu tengah malam sehingga pagi. Seronok kan jadi kucing?

5. Kucing pun ada Touch N’ Go

Sekiranya anda seorang pencinta kucing, jangan lepaskan peluang untuk memilik “kad Touch N’ Go edisi istimewa kucing” daripada SmartHeart ini. SmartHeart adalah sebuah syarikat makanan haiwan dari Thailand yang menyediakan makanan terbaik untuk kucing anda. Sebagai tanda penghargaan SmartHeart telah melancarkan kad Touch N’ Go special edition ini sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diterima daripada pencinta kucing Malaysia kepada produk mereka.

Untuk makluman, sebanyak 2,000 keping kad Touch N’ Go special edition ini telah selamat di”redeem” oleh para pencinta kucing Malaysia dalam tempoh 1 hari sahaja. Tapi anda jangan risau, SmartHeart bakal memberikan peluang kedua buat anda yang tidak berkesempatan. First thing first korang kena LIKE dulu Facebook SmartHeart Cat Malaysia. Lepas tue, jangan lupa LIKE post ini sebab kena ada 500 likes barulah akan ada second redemption. Kemudian anda kena tunggu pengumuman tentang cara-cara nak dapatkan kad Touch N’ Go special edition ini dalam masa terdekat.

Untuk pastikan anda tidak terlepas kali ini, Abang Nara nasihatkan korang muatturun terlebih dahulu applikasi smartphone “SmartHeart MY” ke dalam telefon anda. Lepas tue terus daftar menjadi ahli SmartHeart menerusi applikasi tersebut. Kad Touch N Go tersebut nanti boleh di”redeem” menerusi applikasi ini. Jadi lagi senang kalau anda dah download awal-awal. Tak gitu? Maklumat lanjut layari Facebook SmartHeart MY dan juga http://perfectcompanion.com.my. Selamat mencuba!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...