Pencinta K-Drama Tentu Suka Dengan 10 Langkah Mudah Untuk Menukar Bilik Tidur Anda ‘Ala Korea’

Kehidupan

Pencinta K-Drama Tentu Suka Dengan 10 Langkah Mudah Untuk Menukar Bilik Tidur Anda ‘Ala Korea’

Selain memaparkan pelakon yang jelita dan juga tampan, K-drama juga cukup terkenal dengan dekorasi bilik tidur mereka yang sentiasa memberi pemandangan yang comel dan indah. Jika anda juga berfikiran yang seperti itu, pasti anda gembira mengetahui bahawa memiliki bilik ‘ala drama korea’ bukanlah sesuatu yang mustahil lagi.

Baca: 3 Gaya Dekorasi Bilik Tidur Mudah Yang Anda Boleh Tiru Untuk Membuat Bilik Anda Lebih Menarik

Advertisement

Di sini kami sangat berminat untuk berkongsi 10 tips mudah yang boleh anda ikuti untuk mengubah bilik anda persis seperti bilik tidur watak-watak yang selalu anda tonton di dalam K-Drama.

1. Dinding putih

Gambar Hiasan

Langkah pertama untuk menukar bilik tidur anda ‘ala Korea’ adalah menggunakan cat dinding berwarna putih krim atau warna krim yang ringan. Ini akan memberikan bilik tidur anda kelihatan bersih dan luas dan membolehkan perabot dan hiasan bilik anda lebih menonjol.

2. Langsir putih dan lutsinar

Gambar Sebagai contoh Gambar Sebagai contoh

Satu lagi tips mudah adalah mengenai hiasan dalaman ialah langsir yang berwarna putih lutsinar. Langsir lutsinar mampu menjadi penapis cahaya semula jadi ke dalam bilik tidur anda dan menghasilkan suasana yang lebih feminin dan minimalist.

3. Tambahan pelbagai sumber cahaya

Gambar Contoh Gambar contoh

Selain itu, hiasan lampu juga sangat membantu dalam merealisasikan impian anda untuk memiliki bilik ‘ala drama Korea’ ini. Terutama pada waktu malam, lampu dapat mencipta cahaya lembut yang sama untuk suasana yang selesa dengan pelbagai sumber cahaya kecil di sudut-sudut bilik anda.

4. Perabot kayu berwarna coklat muda

Gambar Contoh Gambar contoh

Sama seperti yang kita tonton di dalam drama Korea, mereka sering menggunakan perabot yang berasaskan kayu berwarna coklat muda. Hal ini kerana, tema umum dalam reka bentuk dalaman Korea ialah penggunaan perabot kayu atau aksen seperti struktur di siling.

Kayu berwarna cerah yang digabungkan dengan dinding putih akan menghasilkan ruang bilik anda kelihatan segar dan luas!

5. Cermin condong

Gambar contoh Gambar Contoh

Cermin condong adalah perkara yang tidak asing lagi perlu ada di dalam sebuah bilik ketika ini. Dalam menghasilkan bilik seperti drama Korea, menyandarkan cermin pada dinding bilik tidur juga sangat membantu. Ia bukan sahaja membolehkan anda bercerminkan diri tetapi cermin condong juga membantu mencerminkan cahaya dan menjadikan bilik anda lebih cerah dan tampak lebih luas.

6. Perabot rendah

Gambar Contoh Gambar contoh

Satu ciri utama bilik tidur ‘ala Korea’ adalah perabot yang rendah! Sejak zaman dahulu di Korea, orang ramai kebiasaanya melakukan banyak aktiviti rumah di atas lantai seperti duduk, tidur, bekerja dan makan sambil duduk di atas lantai bersama meja yang rendah. Oleh itu, dapatkan katil dan meja tepi katil yang rendah untuk kelihatan lebih seperti dalam drama.

7. Memilih perabot asas yang tepatGambar Contoh Gambar Contoh

Anda harus pandai memilih perabot yang sesuai dengan tema ringkas tanpa reka bentuk dan perhiasan yang mewah.

8. Kedudukan katil yang diletakkan berhampiran tingkap

Gambar Contoh

Satu perkara yang perlu anda perhatikan anda di rata-rata bilik tidur Korea adalah bahawa katil biasanya diletakkan berhampiran atau tepat di bawah tingkap.

9. Rak buku

Gambar Contoh

Rak buku dengan tambahan pelbagai barangan hiasan adalah elemen lain dalam reka bentuk dalaman Korea. Pilih rak yang ringkas dan gunakannya untuk memaparkan buku dan hiasan lain.

10. Barangan perhiasan kecil

Gambar Contoh

Bilik tidur akan menjadi lebih menarik jika perhiasan kecil dan besar digabungkan bersama. Ingat, kunci dalam menghias sesuatu bilik adalah dengan tidak meninggalkan ruang dinding yang kosong. Jadi penuhkan dengan pelbagai perhiasan yang menarik seperti, lukisan, tumbuh-tumbuhan, hiasan dinding dan main kecil.

Jom ‘makeover’ bilik tidur kita sekarang!

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...