Pencinta Haiwan Habiskan Puluhan Ribu Ringgit Ubahsuai Kediaman Jadi “Rumah Kucing”

Dunia

Pencinta Haiwan Habiskan Puluhan Ribu Ringgit Ubahsuai Kediaman Jadi “Rumah Kucing”

Pencinta haiwan akan melakukan apa sahaja dan sanggup berhabis duit demi menjaga haiwan kesayangan mereka daripada sebarang ancaman bahaya yang mungkin akan membuatkan mereka kesal seumur hidup.

Ada yang sanggup berhabis puluhan atau mungkin ribuan semata-mata untuk melihat haiwan kesayangan mereka selamat dan selesa.

Advertisement

Kebanyakan pencinta kucing bersikap prihatin. Sebagai bukti, menerusi posting di laman sosial Facebook yang dimiliki oleh Sasamon Sophin di Nakhon Pathom, Thailand, sanggup menghabiskan sejumlah besar wang untuk mengubah suai kediaman menjadi rumah kucing yang selesa. Beliau menghabiskan sekitar 70,000 bath (RM 9,447) hingga 80,000 bath (RM 10,796) untuk haiwan kesayangannya.

kucing

Beliau juga tidak kisah berbelanja besar untuk menjadikan kediamannya sebagai tempat perlindungan si bulus yang sentiasa menjadi penemannya.

“Daripada kucing-kucing itu keluar rumah berkali-kali, jadi saya melabur untuk membuat ‘rumah kucing’ agar haiwan itu dapat berjalan dengan selesa”.

“(Saya pun) tidak tertekan (kehilangan kucing). Tidaklah mereka sesat lagi.”

rumah kucing

Sasamon juga memuat naik gambar kediaman dua tingkat yang dimilikinya. Mengenakan konsep terbuka untuk rumah kucing tersebut, menjadikannya kelihatan sangat besar dan luas. Beliau bijak dalam pemilihan dekorasi yang cantik dan menarik serta memudahkan haiwan kesayangan  untuk melihat pemandangan melalui pagar berjaring di sekeliling balkoni kediaman tersebut.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...