Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pencetus Ummah Abu Didakwa Ceraikan Isteri Sedang Mengandung Kerana Ingin Kahwin Ibu Tunggal

Bekas Isteri Pencetus Ummah Abu Sufyan mendedahkan di Instagram bahawa lelaki itu curang dan menceraikannya untuk berkahwin dengan seorang ibu tunggal bernama Hana Azraa.

Advertisement

Bekas isterinya, Ain Afini, yang menggunakan handle @ainafini_ di Instagram memberitahu, PU Abu telah meminta kebenaran darinya untuk berpoligami setelah dua bulan pernikahan mereka.

Dan kerana usia pernikahan yang masih baru, dia telah meminta lelaki itu agar membuat pilihan antara dirinya dan anak mereka dalam kandungan atau ibu tunggal tersebut.

Advertisement

PU Abu telah memilih untuk bersama ibu tunggal tersebut. Bekas isterinya juga telah berusaha untuk menutup kisah ditinggalkan sewaktu mengandung ini tetapi disebabkan PU Abu dan Hana Azraa tidak menyembunyikan kemesraan mereka di media sosial, bekas isterinya mengambil keputusan untuk menceritakan perkara sebenar kepada umum.

Malah seorang rakan sekolah PU Abu telah menulis komen di Instagram bahawa dia pernah melakukan perkara yang sama di sekolah.

Tulisan bekas isteri PU Abu telah dimuat naik ke Twitter oleh rakannya atas permintaannya sendiri.

Advertisement

Juga terdapat dakwaan bahawa PU Abu hanya menipu dengan menggunakan gelaran Ustaz.

Ada juga mendakwa cerai yang dilafazkan oleh PU Abu tidak sah kerana ia dibuat melalui aplikasi WhatsApp dan talak tidak jatuh sehinggalah anak mereka dilahirkan.

Setakat ini tiada kenyataan balas dari PU Abu manakala Hana Azraa yang juga seorang pengasas barangan penjagaan kulit tempatan pula telah menguncikan akaun Twitter dan Instagram miliknya.

PU Abu ialah salah seorang peserta rancangan Pencetus Ummah 2015 dan dikenali kerana bentuk tubuhnya yang tegap.- beautififulnara.com

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

78 Comments

  1. Textbook pend islam f5

    April 21, 2019 at 10:15 am

    hapalah yg membetulkan pon x betul.. Talak tu jatuh.. Iddah ja habis lepas beranak.. Depa xdh x leh bersentuhan mcm suami isteri.. Tp dalam tempoh mengandung tu boleh rujuk balik jika mahu.. Lepas bersalin dh hbis iddah kna nikah balik kalau nk bkahwin smula..

  2. J

    April 21, 2019 at 6:12 am

    Talak tu sah.. Wsap tu dh jd bukti. Aku x boleh terima bile pu abu tu suruh bini dia isi borang
    …..
    Kenapa la abu buat mcm tu. Aku rasa abu ni x layak dipanggil ustaz. Kesian isteri teraniaya ni.. Kne g mahkamah utk daftar.. Ko plak abu.. Duk gatai
    Awat la abu pengecut x daftar kes je.

    Kalau nk lepaskn buat cara elok2. Bukan through wsap. Nampak sangat la ko jantan pengecut.
    Tolong la boikot pu abu ni. Dia x layak kot pegang gelaran pu

    Ko ingat ye abu.. Sepanjang tempoh kehamilan ni ko kne bg nafkah kat bini (yg ko ceraikan) ni sbb dia masih isteri ko yg sah
    Ank tu pon klau dh lahir ko kne bg nafkhah gak.
    Talak tu akan jatuh bila baby tu lahir.

    Kat labour room ko x boleh teman la

    Dan kpd isferi yg teraniya tu..bertabah la waktu mengandung dan nk bersalin nanti. I feel u kak…

    Waktu menunggu nk bersalin toksah pk abu ni. Ko pk nk lahirkn ank ko dgn selamat .. Semoga urusan kelahiran mudah.tu je
    Lps ni jgn pk pasal abu ni.. Ko pantang dengan hepi jer..drpd ko sakit hati . Time ni family memainkan peranan
    Sesungguhnya memaafkan tu bukan mudah .. Tp hati ko tenang dik.

  3. nira

    April 21, 2019 at 1:37 am

    Gila ke apa!!!!!! nak termain lepas bersalin dengan darah nipas lagi dan boleh menyebabkan kematian. aduh agak2lah.

  4. Anna

    April 21, 2019 at 1:25 am

    Tergamak ceraikan isteri tengah mengandong, Tahu tak PU ABU ini bagaimana sakit dan tidak selesanya seorang isteri yg tengah mengandong, sepatutnya dia ada untok meringankan beban. Ya Allah dzalimnya dia ni.

  5. Ain S

    April 21, 2019 at 12:22 am

    Yang baik untuk yang baik. Rencana Allah adalah yang terbaik. Doakan semoga Ain Afini ditemukan kebahgiaan hakiki kelak.

Loading...
To Top