Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pencetus Ummah Abu Didakwa Ceraikan Isteri Sedang Mengandung Kerana Ingin Kahwin Ibu Tunggal

Bekas Isteri Pencetus Ummah Abu Sufyan mendedahkan di Instagram bahawa lelaki itu curang dan menceraikannya untuk berkahwin dengan seorang ibu tunggal bernama Hana Azraa.

Advertisement

Bekas isterinya, Ain Afini, yang menggunakan handle @ainafini_ di Instagram memberitahu, PU Abu telah meminta kebenaran darinya untuk berpoligami setelah dua bulan pernikahan mereka.

Dan kerana usia pernikahan yang masih baru, dia telah meminta lelaki itu agar membuat pilihan antara dirinya dan anak mereka dalam kandungan atau ibu tunggal tersebut.

Advertisement

PU Abu telah memilih untuk bersama ibu tunggal tersebut. Bekas isterinya juga telah berusaha untuk menutup kisah ditinggalkan sewaktu mengandung ini tetapi disebabkan PU Abu dan Hana Azraa tidak menyembunyikan kemesraan mereka di media sosial, bekas isterinya mengambil keputusan untuk menceritakan perkara sebenar kepada umum.

Malah seorang rakan sekolah PU Abu telah menulis komen di Instagram bahawa dia pernah melakukan perkara yang sama di sekolah.

Tulisan bekas isteri PU Abu telah dimuat naik ke Twitter oleh rakannya atas permintaannya sendiri.

Advertisement

Juga terdapat dakwaan bahawa PU Abu hanya menipu dengan menggunakan gelaran Ustaz.

Ada juga mendakwa cerai yang dilafazkan oleh PU Abu tidak sah kerana ia dibuat melalui aplikasi WhatsApp dan talak tidak jatuh sehinggalah anak mereka dilahirkan.

Setakat ini tiada kenyataan balas dari PU Abu manakala Hana Azraa yang juga seorang pengasas barangan penjagaan kulit tempatan pula telah menguncikan akaun Twitter dan Instagram miliknya.

PU Abu ialah salah seorang peserta rancangan Pencetus Ummah 2015 dan dikenali kerana bentuk tubuhnya yang tegap.- beautififulnara.com

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

78 Comments

  1. Jantan kejam

    April 20, 2019 at 11:47 pm

    Kejam gila jantan cmni. Wife tgh preggy sanggop buat cmtu gn janda lain n lafaz cerai. Memalukan agama

  2. Anonymous

    April 20, 2019 at 11:43 pm

    Pastuh ada yg bodo akan ckp pmpuan ni bukak aib suami…. selalu camtu la.

  3. Jid

    April 20, 2019 at 10:25 pm

    Pu abu ni nmpak mcm busuk ketiak je. Dahla x hensem. Hana ni dah desperate sgt ke, dh xde org lain nak ke.

  4. Adman

    April 20, 2019 at 10:13 pm

    Buat malu nama Pencetus Ummah saja.. baik tarik balik gelaran tu

  5. Astaghfirullahalazim

    April 20, 2019 at 8:19 pm

    Astaghfirullahalazim

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top