April 20th, 2019

Bekas Isteri Pencetus Ummah Abu Sufyan mendedahkan di Instagram bahawa lelaki itu curang dan menceraikannya untuk berkahwin dengan seorang ibu tunggal bernama Hana Azraa.

Bekas isterinya, Ain Afini, yang menggunakan handle @ainafini_ di Instagram memberitahu, PU Abu telah meminta kebenaran darinya untuk berpoligami setelah dua bulan pernikahan mereka.

Dan kerana usia pernikahan yang masih baru, dia telah meminta lelaki itu agar membuat pilihan antara dirinya dan anak mereka dalam kandungan atau ibu tunggal tersebut.

PU Abu telah memilih untuk bersama ibu tunggal tersebut. Bekas isterinya juga telah berusaha untuk menutup kisah ditinggalkan sewaktu mengandung ini tetapi disebabkan PU Abu dan Hana Azraa tidak menyembunyikan kemesraan mereka di media sosial, bekas isterinya mengambil keputusan untuk menceritakan perkara sebenar kepada umum.

Malah seorang rakan sekolah PU Abu telah menulis komen di Instagram bahawa dia pernah melakukan perkara yang sama di sekolah.

Tulisan bekas isteri PU Abu telah dimuat naik ke Twitter oleh rakannya atas permintaannya sendiri.

Juga terdapat dakwaan bahawa PU Abu hanya menipu dengan menggunakan gelaran Ustaz.

Ada juga mendakwa cerai yang dilafazkan oleh PU Abu tidak sah kerana ia dibuat melalui aplikasi WhatsApp dan talak tidak jatuh sehinggalah anak mereka dilahirkan.

Setakat ini tiada kenyataan balas dari PU Abu manakala Hana Azraa yang juga seorang pengasas barangan penjagaan kulit tempatan pula telah menguncikan akaun Twitter dan Instagram miliknya.

PU Abu ialah salah seorang peserta rancangan Pencetus Ummah 2015 dan dikenali kerana bentuk tubuhnya yang tegap.- beautififulnara.com

 


78 responses to “Pencetus Ummah Abu Didakwa Ceraikan Isteri Sedang Mengandung Kerana Ingin Kahwin Ibu Tunggal”

  1. anon says:

    PU atau Ustaz , bukan tiket seorang lelaki itu baik , alim , setia , bertanggungjawap dan sebagainya …
    Perempuan jangan terpedaya dgn gelaran Ustaz/PU atau apa saja.
    Lelaki bukan Ustaz tak bermakna lelaki itu tak baik..
    Mungkin lelaki itu lebih setia lebih bertanggungjawap…
    Bakal MIL/FIL jgn tertipu jika anak pempuan bawa balik Ustaz ke rumah utk diperkenalkan sebagai calon menantu..

    • Anonymous says:

      Sejak bila pula PU ni jadi ustaz.. orang sekarang je panggil PU atau Da’i ustaz.. jauh beza kot ustaz dan PU dari segi ilmu..

    • PU bukan Da'i pun bukan says:

      saya setuju… tolong jgn permainkan gelaran Ustaz ..yg kita tau sejak kecil adalah org yg tinggi ilmu agamanya…jd tmpt rujukan masyarakat setempat. Masuk program ASTRO x blh melayakkan dia jd Ustaz. PU x semestinya Ustaz.

  2. Pearlpiah says:

    The real ostad madi

  3. Anonymous says:

    Baru lagi kahwin dah buat hal. Kesian kat isteri semoga kuat dan tabah

    • Anonymous says:

      Masa kwen tu agak2 bertungkus lumus tak cari duit masa dgn isteri yg sdg hamil tu. Atau duit sponsor. 2 buln brumhtngga hati dah pada org lain. Knpa ko sentuh dia smpi bunting. Walaupun dah sah. Tpi boleh je di elakan.
      Nk tanya..adakah dara yg ko hrpkn..tpi dah di tebuk tupai.
      Aku tanya je bukn tuduh. Biasa byk terjdi perpisahan mcm ni sbb bakal bini x berterus terang kisah lampau.
      Pada pompuan di luar sana..berterus teranglh jika terlnjur sebelum mendirikn rmhtangga. Tpi lelaki zmn skrg nipun..bukn byk yg teruna.
      Maka x salah dia pilih janda lebih baik.
      Tpi apa2 pun..meruntuhkan rmhtgga org pasti ada blasan.
      Tapi tidak berhati perut mnceraikn bini dlm hamil. Bagai hempedu..mkn x lalu..anak dlm perut pun dah tahu ibu menderita.

    • Anonymous says:

      apa kau merepek ni? kalau taktau cerita, baik duk diam je la.. laki dia bukan taknak dia sebab dara ke apa, tapi laki dia tu tergila2kan crush dia si janda yang memang dia dah tunggu selama beberapa tahun sebelum dia kawin dgn si ain tu.. si janda tu la yg bangang kacau laki orang.. dia lupa agaknya dia ada anak perempuan.. apa yg dia buat ni akan berbalik pada dia atau keluarga dia nnt..

    • Lelaki Sejati says:

      Lelaki yg takde teruna aje yg tahu perempuan tu ade dara ke tidak. Malukan lelaki statement ko ni bro. Aku doakan ex wife dia saman ko. Ayat ko ni mengundang fitnah ibarat ex wife die kena cerai sebab laki die xde hati sebab dah xde dara.

    • Anonymous says:

      Ayat aku tu ada aku tuduh. Aku tanya je. Sbb mmg ramai terjdi perceraian di awal prkhawenan x smpai 5 buln dh nak failkan cerai. Ada masyarakat kt luar tu mcm ni. Sbb tu sebelum nikah..kenalh berlaku jujur masing. Lelaki x nmpk jhat. Tpi perempuan sebaliknya. Kita kesian pada dia. Bkn tak simpati. Sbb hamil.
      Aku cuma khabarkan di celah2 khidupn manusia.
      Aku tanya..bukan tuduh.
      Baca ayat aku dgn sebaiknya. Itu bkn tuduh.

    • Anonymous says:

      Sbb tulh org lelaki klau nk menikah sekli lgipun..tunggulah bini tu bersalin dulu. Perit tahu tak wanita yg tengah keadaan mcm tu. Lebih sakit dari sakit beranak. Kehidupan pun terumbang ambing aku rasa. Dgn tengah mlm nya susukn anak..semua buat sendiri.

      Aku bukan tuduh..just tanya. Klau x ada oklah. Sbb tu hidup perlu jujur dlm semua hal. Apa2 pun kita ni semua tak dapat lari dari dosa termsuk diri sendiri. Lelaki jgnlh pentingkn diri sendiri dulu jika bini dlm keadaan mcm tu..aku kesian tahu tak.

      Aku Anon yg sama: 4.30..pm date: 20 april dan 21april..12.36.

    • Anonymous says:

      Geram pulk dekat lelaki mcm ni. Kesian sungguh yg tgh hamil di ceraikn.
      Hanya Allah yg akan menentukan nasib sendiri dan nasib kamu.
      Kesianlah pada wanita yg sdg berbadan dua. Sabar sikit boleh tak sebelum menceraikan. Tak lama kot dlm 3 bulan.

    • Anonymous says:

      Allah akan mmbalas perbuatan anda.
      Yg terluka kena sabar.
      Yg berbahagia..akan smpai masanya nnti.

  4. nina says:

    dengar kata PU abu sufyan ni kawin dengan neng yatimah,..betul ke? kalau betul syabas lah,lagipun lelaki boleh kawin 4…ni baru 2..ada 2 lagi kekosongan…harap2 abu sufyan ni kawin dgn rosiah chik dan aspalela abdullah pulak pasni…

  5. Anonymous says:

    Selfie kemain rapat sampai tersembul semua

Loading...