Pencetus Ummah Abu Akui Kenyataan Bekas Isteri, Enggan Besarkan Hal Cerai

Hiburan

Pencetus Ummah Abu Akui Kenyataan Bekas Isteri, Enggan Besarkan Hal Cerai

Sejak semalam, kenyataan bekas isteri Pencetus Ummah Abu bahawa bekas suaminya menceraikan dirinya yang sedang mengandung tujuh bulan anak pertama mereka untuk mengahwini seorang janda anak satu menjadi tular.

Advertisement

Ain Afini, melalui status Instagram, memberitahu telah diceraikan oleh suaminya melalui aplikasi WhatsApp pada 13 Mac lepas setelah suaminya curang dan menjalin hubungan dengan seorang pengasas barangan penjagaan kulit berusia 24 tahun dari Kedah, Hana Azraa.

Terbaru, melalui mStar Online, Pencetus Ummah Abu tidak menafikan kenyataan bekas isterinya itu., memberitahu bahawa kenyataan Ain sudah menjawab segala persoalan.

Dia juga mendakwa mempunyai ‘ceritanya sendiri’ mengenai apa yang  telah berlaku.

Memang ada (penjelasan) daripada pihak saya. Saya ada cerita saya sendiri.

Dia juga mendakwa dia enggan memperbesarkan mengenai perceraiannya sedangkan bekas isterinya yang dikahwini pada November tahun lepas sedang mengandung.

Saya tak nak besarkan lagi. Kalau tidak, saya ni samalah dengan bekas isteri saya kan?

Sebelum ini, Ain Afini Latif, 22, telah memuat naik salinan perbualannya di WhatsApp dengan Abu, atau nama penuhnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Ruzaidi, 25.

Malah terdapat salinan perbualan yang tersebar di media sosial mengenai rancangan Abu Sufyan untuk bernikah dengan Hana Azraa di Madinah. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...