Penceramah Sebar Video S*ks Dengan Isteri: “Tauliah Mengajar Agama Sudah Ditarik & Pernah Ditangkap Tahun Lalu”

Trending

Penceramah Sebar Video S*ks Dengan Isteri: “Tauliah Mengajar Agama Sudah Ditarik & Pernah Ditangkap Tahun Lalu”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan penceramah bebas yang ditahan selepas disyaki menyebarkan video seks bersama empat isterinya baru-baru ini, sebenarnya sudah ditarik balik tauliahnya sebelum ini.

Menurut beliau, tindakan menarik semula tauliah dibuat apabila penceramah melakukan perkara yang mencemarkan institusi agama dan orang ramai dinasihati menyemak kelayakan sebelum menjemput mereka.

Advertisement

Sebab itu saya ingatkan orang ramai sebelum memanggil mana-mana penceramah supaya membuat semakan dahulu di jabatan mufti dan agama untuk memastikan penceramah berkenaan ada tauliah atau tidak.

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

Kredit: BERNAMA

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Senator Datuk Salehuddin Saidin mengesahkan tauliah mengajar agama penceramah itu sudah ditarik balik pada tahun 2022.

Suspek juga pernah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada September 2024 kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah yang bersalahan dengan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Terdahulu, penahanan penceramah bebas berusia 39 tahun itu telah menimbulkan tanda tanya tentang individu yang dimaksudkan.

penceramah bebas
4 days ago

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis, Didakwa Sebar Video S*ks Bersama 4 Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...