Seorang penceramah bebas bergelar ustaz baru-baru ini ada membuat pendedahan mengenai dirinya yang tidak divaksin dan mendakwa turut membawa jemaah yang tidak disuntik ubat pelali itu ke Arab Saudi untuk melaksanakan umrah.
Pengakuan tersebut telah dikongsikan ustaz itu di laman Instagram miliknya pada hari Sabtu yang lalu.
Tulisnya dalam hantaran tersebut, dia mengaku dirinya tidak pernah divaksin dan membawa orang vaksin yang tidak vaksin ke Saudi.
Tambah penceramah bebas itu lagi, vaksi adalah duit dan mata pencarian untuk mereka yang bergelar ‘pakar’ dan mendakwa ramai sebenarnya jemaah umrah yang tidak divaksin.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengesan 17 daripada 122 individu telah dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lalu dan didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi COVID-19.
Ujar Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, KKM kini sedang menyiasat rekod pengembara dari luar negara yang tidak mempunyai sejarah vaksinasi, adakah kerana mereka memiliki masalah kesihatan atau semata-mata tidak mahu mengambil suntikan pelali itu.