Setelah sekian lama menanti, akhirnya hari ini keputusan mahkamah kes penceraian Joy Revfa dan Datuk Ray diumumkan. Menerusi Facebook miliknya, Joy Revfa memaklumkan penceraiannya dengan bekas suami 2 tahun lalu adalah sah. Ini bermakna perkahwinannya dengan Hafiz Hamidun juga adalah sah di sisi agama Islam. Menerusi status tersebut juga, Joy Revfa telah bersumpah dengan nama Allah bahawa dia telah “bersama” dengan Hafiz Hamidun, namun ada perkara yang perlu dirahsiakan untuk menjaga aib suaminya itu.
Joy Revfa juga turut memaklumkan yang dia tidak akan “menyambung” kembali perkahwinannya dengan Hafiz Hamidun atas alasan selebriti itu tidak layak menjadi suami kepadanya dan juga ayah kepada anak-anak mereka kelak. Tulis Joy Revfa panjang lebar:-
Semoga dengan keputusan ini, pertelingkahan di antara Hafiz Hamidun dan Joy Revfa akan terlerai selepas keputusan ini. Apa pun kita doakan agar proses penceraian mereka selepas ini juga akan berjalan dengan lancar. Sumber Facebook Siti Arifah Amin.