Pencen RM3K Seumur Hidup Atlet Negara Dipertikai, Pesara Tentera Ini Buat Laporan Polis

Trending

Pencen RM3K Seumur Hidup Atlet Negara Dipertikai, Pesara Tentera Ini Buat Laporan Polis

Berikutan pencen seumur hidup yang kedua-dua atlet negara iaitu Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dapat susulan dari kejayaan merangkul pingat perak bagi acara platform berirama 10 meter wanita di Olimpik Rio, seorang pesara tentera yang dikenali sebagai Rozzeli Pin nekad membuat laporan polis membantah keputusan itu.

Advertisement

Gambar salinan laporan polis yang dibuat oleh Rozzeli mula tersebar di laman sosial sejak semalam dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Dari laporan polis yang dibuat pada pagi Sabtu itu Rozzeli berkata, adalah tidak wajar sama sekali memberikan ganjaran pencen RM3,000 seumur hidup kepada dua altet kebangsaan itu.

“Saya mempertikaikan pemberian tersebut dan berasa tidak wajar kerana banyak lagi pejuang-pejuang negara dan bekas kakitangan Angkatan Tentera Malaysia dan polis yang berkhidmat dan berjasa tidak diberikan ganjaran sewajarnya,” katanya.

Tinjauan di laman sosial mendapati, ada segelintir yang sependapat dengan usul yang dikemukakan pengadu serta sebahagian yang lain mengatakan lelaki berkenaan mungkin cemburu dengan ganjaran yang diterima oleh kedua atlet.

Bagi kami, mungkin pengadu tidak berniat untuk memperkecilkan sumbangan penerjun negara.

Namun harus diingat, untuk negara seperti Malaysia, peluang mendapatkan pingat di Olimpik adalah sesuatu yang sangat sukar selama ini, justeru kalau dalam tempoh puluhan tahun ada seorang dua atlit yang berjaya mengharumkan nama negara, tidak ada salahnya mereka diberikan ganjaran yang lebih sedikit.

Pendapat korang pula bagaimana?

Sumber Berita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...