Pencegah Maksiat Tergamam Pasangan Ditangkap Khalwat Adalah Pelajar Tahfiz – “Pakai Jubah Siap Serban, Perempuan Pakai Abaya”

Kehidupan

Pencegah Maksiat Tergamam Pasangan Ditangkap Khalwat Adalah Pelajar Tahfiz – “Pakai Jubah Siap Serban, Perempuan Pakai Abaya”

Penceramah Ustaz Elyas Ismail menceritakan pengalaman pernah dilalui rakannya yang bertugas di Jabatan Agama Islam ketika membuat serbuan di hotel bajet.

Katanya menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, operasi pencegahan maksiat dilakukan semasa cuti umum seperti sambutan ambang merdeka dan tahun baharu.

Advertisement

Antara pasangan berkhalwat yang pernah ditangkap adalah suami orang dan isteri orang, bos dan setiausaha, serta individu berpangkat besar bersama pembantu peribadi sendiri.

tangkap khalwat

Gambar hiasan

Pasangan pelajar tahfiz

Namun, kes yang paling meninggalkan kesan padanya adalah pasangan pelajar tahfiz yang mengakui ‘bakal berkahwin’ ketika ditangkap.

Kami pecah satu bilik, budak lelaki dengan seluar pendek duk atas katil. Lepastu perasan ada seorang perempuan duk dalam bilik air. Tuan tuan, kalau dah lelaki dan perempuan dalam satu bilik, tak usahlah bersangka baik sangat. Takkan mengaji tajwid.

Pasangan itu kemudian diminta memakai pakaian lengkap untuk dibawa ke balai polis. Mereka juga diminta menghubungi waris masing-masing.

Ketika itulah pihak penguasa tergamam apabila melihat si lelaki mencapai jubah putih dan serban. Si perempuan pula memakai abaya hitam.

@kerusibatunaka #kreditcaliphachannel #ustazelyasismail #kerusibatunaka #kuliahilmu #foryoupage ♬ Instrumen Sholawat Sedih (Instrumental) – Yuda pratama

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

khalwat
9 months ago

Suami Hidap Angin Ahmar Buat Laporan, Ikut Jabatan Agama Tangkap Khalwat Isteri Sendiri Dengan Rakan Sekerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...