Pencari MH370 Optimis Setelah 2 Isyarat Terbaru Dikesan Mengecilkan Kawasan Pencarian Ke Radius 12 Batu

Trending

Pencari MH370 Optimis Setelah 2 Isyarat Terbaru Dikesan Mengecilkan Kawasan Pencarian Ke Radius 12 Batu

Dua isyarat baru telah dikesan dari dalam Lautan Hindi, berkemungkinan dari kotak hitam yang dibawa oleh jet Malaysia Airlines yang telah hilang, seperti yang didedahkan semalam.

Ketua marshal udara Angus Houston, yang menyelaraskan carian di Perth, memberitahu penemuan itu dibuat oleh kapal Australia Ocean Ship adalah antara berita yang ‘memberikan semangat’ dalam pencarian MH370.

Advertisement

Houston berkata isyarat pertama dikesan tengahari sebelumnya, dan isyarat kedua dikesan lewat malam itu.

Dia berkata pengesanan pada waktu tengahari berlangsung selama lima minit dan 32 saat, manakala isyarat kedua berlangsung lebih kurang tujuh minit.

Ini menjadikan jumlah transmisi yang dikesan oleh kapal  berteknologi tinggi  Australia yang mungkin datangnya dari pesawat yang telah terhempas sebanyak empat kali.

Bagaimanapun, Kapten Tentera Laut AS Mark Matthews berkata pengesanan menunjukkan yang alatan yang mengeluarkan ping terletak dalam radius lebih kurang 12 batu.

Itu masih menyamai lebih kurang 500 batu persegi dari dasar laut, satu kawasan yang akan mengambil masa dari enam minggu hingga dua bulan untuk diteliti oleh kapal selam Blue Fin.

Analisis data tentang dua pengesanan pertama hujung minggu lepas menunjukkan yang ia konsisten dengan spesifikasi dan deskripsi satu perakam data penerbangan, kata ketua marshal udara itu.

Pusat Analisis Akustik Bersama Australia yang berasas di HMAS Albatross di Norwa, teluk NSW selatan Sydney menyimpulkan yang dua pengesanan itu ialah dari sumber ‘bukan semulajadi’ dan ‘besar kemungkinan buatan manusia’ dari alatan elektronik yang spesifik.

Houston memberitahu yang dia optimis sejak Ahad, memberikan amaran yang kelodak dasar laut yang tebal akan menyukarkan pencarian, yang dikuasakan oleh boya sonar dan pesawat RAAF P3 yang telah diubahsuai untuk berkoordinasi dengan kapal Ocean Shield. Katanya:-

Adalah penting bagi Ocean Shield untuk mengumpul seberapa banyak data yang mungkin sebelum kami menggunakan kapal selam Blue Fin 21. Sebabnya ialah tidak ada peluang kedua dalam pencarian ini.

Dia memberi amaran bahawa isyarat terbaru jauh lebih lemah dari isyarat asal yang dikesan:-

Ini bermakna kami berada jauh dari pemancar isyarat itu, atau pada pendapat saya, apa yang lebih berkemungkinan ialah hayat bateri pemancar semakin sedikit jadi kesannya isyarat semakin lemah. .

Dia menambah bahawa Ocean Shield akan cuba mencari lebih isyarat untuk membantu mengesan lokasi yang tepat dari mana isyarat dipancarkan.

Apabila kawasan pencarian disempitkan, kapal dan pesawat boleh menjumpai sesuatu ‘hanya dalam masa beberapa hari’.

Dia menyambung optimisme yang pencari berada semakin hampir dengan lokasi di mana kapal terbang itu terkandas, walaupun hayat bateri semakin sedikit.

Blue Fin 21 mengambil masa enam kali ganda lebih lama untuk meneliti kawasan yang sama dan pengesan isyarat ditarik di belakang bot pada kedalaman tiga kilometer.

Sonar kapal selam boleh mengimbas hanya pada jarak 100 meter dan ia boleh ‘melihat’ dengan lampu dan kamera hanya pada jarak beberapa meter. Kedalaman maksimum yang boleh ia selami ialah 4, 500 meter dan di sesetengah kawasan zon pencarian laut adalah lebih dalam.

Kapten Matthews berkata:

Isyarat itu pasti datang dari alat buatan manusia dan saya tidak ada penjelasan lain tentang apa lagi yang boleh mengeluarkan isyarat seperti itu.

Saya ialah seorang jurutera jadi saya tak bercakap sangat tentang emosi. Tapi bila saya dapat tahu isyarat lain dapat dikesan, saya rasa teruja.

Saya berharap yang kami dapat mengesan lokasi terkini pesawat itu dan memberikan ‘penutup’ kepada para keluarga yang terlibat.

 

Laporan asal: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2600350/Two-pings-detected-agonising-search-black-box-signals-believed-related-MH370.html#ixzz2yR8A7ebi

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...