Pencari Kerja Berang Di Caj RM10 Untuk 1 Borang Daftar Temuduga, Jobsifu Didakwa Menipu ?

Trending

Pencari Kerja Berang Di Caj RM10 Untuk 1 Borang Daftar Temuduga, Jobsifu Didakwa Menipu ?

Portal mencari kerja tempatan Jobsifu.com telah bertindak menutup laman facebook mereka selepas ramai pencari kerja yang hadir ke Expo Kerjaya Terbesar Utara 2017 mengkritik sistem penganjuran expo yang dijalankan.

Advertisement

Hasil semakan yang dibuat mendedahkan, bahawa laman facebook jobsifu.com dibuat pada 18 Julai 2017. Hampir 3 bulan sebelum expo ini berlangsung.

Selain itu, maklumat lain seperti pendaftaran SSM berkaitan syarikat di sebalik laman web ini turut tidak ditemui.

Halaman facebook mereka juga didapati masih baru dibuat namun keraguan timbul bagaimana boleh meraih sehingga lebih 220,000 pengikut dalam masa yang singkat.

Berdasarkan jumlah promosi yang banyak diberikan di laman facebook mereka yang dengan sendirinya mempunyai lebih 220,000 pengikut, agak mengejutkan melihat bilangan pencari kerja yang meluahkan rasa tidak puas hati.

Expo kerjaya ini telah menarik banyak minat daripada bukan hanya dari kawasan berdekatan, malah ada yang sanggup turun dari jauh seperti Kuala Lumpur dan Melaka. Banyak nama syarikat besar telah disebutkan di laman Facebook mereka juga.

Malangnya, gambaran yang diberikan tidak sama seperti yang dipromosikan.

Apa yang mengecewakan pencari kerja adalah tidak ada satu pun pekerjaan sebenar  dan tiada  temu bual yang tepat dijalankan di expo tersebut.

Pelawat dan pencari kerja dilihat sanggup beratur menunggu berjam-jam di bawah matahari semata-mata untuk masuk ke dalam dewan utama.

Berdasarkan catatan awal di laman facebook penganjur, pencari kerja dikehendaki membeli borang permohonan yang akan dihantar ke syarikat yang diiklankan.

1 borang berharga RM10 setiap satu dan mereka dikehendaki membeli sekurang-kurangnya 5 borang. Ekoran kejadian yang berlaku ini, ramai pencari kerja berasa seperti ditipu penganjur.

Sumber : Lowyat.net & Muhd Hafizul Zikri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...