Pencapian Terbesar Untuk Filem Animasi Tempatan, Ejen Ali The Movie 2 Berjaya Kutip RM15.3 Juta Dalam Masa 4 Hari!

Filem

Pencapian Terbesar Untuk Filem Animasi Tempatan, Ejen Ali The Movie 2 Berjaya Kutip RM15.3 Juta Dalam Masa 4 Hari!

Untuk info ramai, filem animasi Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) sudah berjaya mengutip sebanyak RM15.3 juta dalam masa tempoh empat hari tayangan sahaja.

Pencapaian terbesar untuk industri filem animasi tempatan

Boleh dikatakan perkara tersebut merupakan satu kebanggaan serta titik permulaan yang sangat memberangsangkan buat filem animasi tempatan di mata penonton.

Advertisement

Sebagai pengarah filem animasi ini, Usamah Zaid Yasin meluahkan rasa syukur dan akui dirinya serta produksi sangat terharu dengan sambutan hangat kali ini.

Pengarah & produksi terharu dapat sambutan hangat

Alhamdulillah, sejak sesi fans screening sehingga ke tayangan rasmi di pawagam, sokongan yang kami terima sangat luar biasa.

Sekadar info, filem Ejen Ali The Movie 2 ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Ali secara tidak sengaja direkrut menjadi ejen rahsia oleh sebuah agensi Meta Advance Tactical Agency (MATA).

Filem ini difahamkan telah mula ditayang sejak 22 Mei lalu di seluruh pawagam di Malaysia serta Brunei.

Ejen Ali the movie 2 kerjasama TNB
5 months ago

Ejen Ali The Movie 2 'Dikuatkuasakan' Dengan TNB, Bakal Menemui Penonton Tahun Hadapan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...