Pencapaian Terbesar Dalam Karier Seni, Naim Daniel Jadi Wakil Malaysia Di MTV EMA 2021

Hiburan

Pencapaian Terbesar Dalam Karier Seni, Naim Daniel Jadi Wakil Malaysia Di MTV EMA 2021

Pelakon dan penyanyi berbakat Naim Daniel meluahkan rasa syukur apabila namanya dicalonkan dalam kategori Best Southeast Asia Act di MTV EMA 2021 sekali gus mewakili Malaysia dalam acara hiburan berprestij itu.

Naim Daniel
3 years ago

Naim Daniel Pemilik Outlet Baru BubbleBee Semenyih, Shuib Ucap Tahniah

Advertisement

Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata pencalonan dalam anugerah bertaraf antarabangsa itu adalah pencapaian terbesar dalam karier seninya.

Naim Daniel

Penyanyi lagu Sembah itu menganggap ia menjadi pengalaman berharga buatnya sebagai anak muda. Selain Naim, kategori sama turut menyenaraikan nama beberapa bintang iaitu SB19 dari Filipina, Ink Waruntorn (Thailand), JJ Lin (Singapura), K-ICM (Vietnam) dan Lyodra (Indonesia).

Pada awalnya macam tak percaya. Ini satu pencapaian besar buat saya. Kalau menang itu adalah bonus. Kalau tak, ia masih lagi menjadi sesuatu yang membanggakan buat saya sebagai anak seni.

Naim, 24, berkata dia dapat melihat ada beberapa nama besar dalam acara hiburan itu, dia menjadikan pencalonan ini sebagai pengalaman baru dan berharga buat anak muda sepertinya.

Alhamdulillah. Saya sendiri pun tak menjangkakan akan tercalon dalam MTV EMA 2021.

Selain itu, acara itu turut menampilkan pencalonan lain antaranya bintang-bintang bertaraf dunia seperti Ed Sheeran, Justin Bieber, Lady Gaga dan ramai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...