Pelakon dan penyanyi berbakat Naim Daniel meluahkan rasa syukur apabila namanya dicalonkan dalam kategori Best Southeast Asia Act di MTV EMA 2021 sekali gus mewakili Malaysia dalam acara hiburan berprestij itu.
Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata pencalonan dalam anugerah bertaraf antarabangsa itu adalah pencapaian terbesar dalam karier seninya.
Penyanyi lagu Sembah itu menganggap ia menjadi pengalaman berharga buatnya sebagai anak muda. Selain Naim, kategori sama turut menyenaraikan nama beberapa bintang iaitu SB19 dari Filipina, Ink Waruntorn (Thailand), JJ Lin (Singapura), K-ICM (Vietnam) dan Lyodra (Indonesia).
Pada awalnya macam tak percaya. Ini satu pencapaian besar buat saya. Kalau menang itu adalah bonus. Kalau tak, ia masih lagi menjadi sesuatu yang membanggakan buat saya sebagai anak seni.
Naim, 24, berkata dia dapat melihat ada beberapa nama besar dalam acara hiburan itu, dia menjadikan pencalonan ini sebagai pengalaman baru dan berharga buat anak muda sepertinya.
Alhamdulillah. Saya sendiri pun tak menjangkakan akan tercalon dalam MTV EMA 2021.
Selain itu, acara itu turut menampilkan pencalonan lain antaranya bintang-bintang bertaraf dunia seperti Ed Sheeran, Justin Bieber, Lady Gaga dan ramai lagi.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.