Beberapa hari lepas filem Ombak Rindu telah dimuat naik ke laman Youtube oleh pihak tertentu tanpa izin produksi Tarantella Pictures, tetapi mereka telah berjaya menutupnya sejak malam semalam.  Sinar Harian melaporkan, Penerbit Penyelarasan Tarantella Pictures, Jailani Abdul Ghani, menyerahkan kepada pihak pengurusan Astro untuk mengambil tindakan lanjut kepada pihak yang telah memuat naik filem tersebut di laman YouTube.
Buat masa ini, filem Ombak Rindu sedang ditayangkan di Astro dan terpulang pada budi bicara mereka untuk mengambil tindakan selanjutnya. Selain di You Tube, pihak kami juga telah dilaporkan bahawa filem ini telah pun dijual menerusi DVD cetak rompak.
Setakat ini kami hanya menunggu keputusan daripada pihak pengurusan Astro untuk tindakan selanjutnya.
Pihak Astro, walau bagaimanapun, masih belum mengumumkan sebarang tindakan lanjut tentang perkara itu.
Filem Ombak Rindu arahan Osman Ali mula ditayangkan 1 Disember lalu, dan ia mendapat sambutan baik dari peminat filem tempatan, tetapi mengikut perkiraan, ia tidak berjaya mengalahkan filem KL Gangster terbitan Skop Production untuk filem yang mendapat kutipan tertinggi bagi tahun 2011.