Penawaran Vaksin AstraZeneca, Keutamaan Akan Diberi Kepada Negeri Zon Merah

Trending

Penawaran Vaksin AstraZeneca, Keutamaan Akan Diberi Kepada Negeri Zon Merah

Seperti makluman semua, tempahan vaksin AstraZeneca secara sukarela telah pun dibuka pada 2 Mei lalu. Khabarnya, vaksin sebanyak 260,000 ini telah habis ditempah dalam tempoh 3 jam sahaja. Pantas!

Pun begitu, negeri zon merah kes jangkitan COVID-19 akan diberikan keutamaan bagi penawaran vaksin AstraZeneca secara sukarela selepas Kuala Lumpur dan Selangor yang bermula hari ini.

Ujar Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata perancangan mengenainya sedang berjalan bagi memilih negeri yang sesuai untuk program di bawah fasa empat PICK.

Advertisement

Katanya, Kerajaan akan menerima lebih banyak lagi penghantaran vaksin AstraZeneca pada bulan ini iaitu melebihi satu juta dos.

“Saya merancang untuk membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca secara sukarela ini di negeri lain, dengan tumpuan diberikan pada negeri zon merah”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau program suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela di PPV WTCKL di sini, hari ini.

Kalau macamtu, buat masa sekarang.. kita utamakan yang lebih memerlukan lah ya? Kita jaga kita!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...