Pelakon dan juga penyanyi, Wanns Ahmad baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila dia secara terbuka ‘mendedahkan’ masalahnya mengenai tabiat onani.
Dalam beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram, Wanns ada bertanyakan netizen tentang cara untuk terus berhenti daripada melakukan aktiviti terkutuk itu.
View this post on Instagram
TOLONG BAGI CADANGAN DAN PENDAPAT MACAM MANA NAK HENTIKAN TABIAT ONANI SEBELUM TIDUR??
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan cadangan dan panduan tentang cara mengatasi masalah ketagihan yang sering dikaitkan dengan kaum lelaki ini.
Antara artis dan selebriti yang meninggalkan komen adalah seperti Ryan Deedat, Ayu Puteh, Idzham Ismail dan ramai lagi.
Namun begitu, difahamkan hantaran tersebut hanyalah sekadar ‘marketing’ untuk lagu terbaru Wanns yang berjudul Makhluk Jalang Terbuang yang bakal dilancarkan tidak lama sahaja lagi.
Menurut Wanns, dia ingin tampil berbeza dalam karya terbarunya kali ini dan hanya berniat untuk mendidik masyarakat untuk tidak terjebak dengan perbuatan tersebut.
Dia juga berharap agar masyarakat dapat menerima maksud sebenar di sebalik lagu tersebut setelah ia dilancarkan kelak.
Sekadar info, Wanns yang sebelum ini aktif berlakon tampil dengan single kedua setelah hampir lapan tahun tidak merakam lagu terbaru.