Tak semua orang mempunyai bakat untuk menebar roti canai. Kadang-kadang ada yang sudah cuba sedaya upaya belajar untuk tebar roti canai tapi masih tidak berhasil.
Tapi, kalau dah pandai tebar roti canai mesti akan jadi menjadi tumpuan orang ramai lebih-lebih lagi kalau ada bakat terpendam atau memiliki satu keistimewaan lain daripada yang lain.
Viral di Twitter mengenai satu video yang memaparkan seorang pemuda menebar roti canai. Jika dilihat, cara dia menebar roti canai sama sahaja dengan penebar roti canai yang lain tapi apa yang membezakannya ialah sepanjang dia menebar, dia sentiasa memberikan senyuman.
https://twitter.com/JalalMisai_2/status/1370235557993869321
Bermula dari menebar roti canai sehinggalah serve roti canai atas pinggan sentiasa senyum. Dah macam chef Burak dari Turkey tu pulak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen suka melihat cara pemuda ini yang sentiasa memberikan ssenyuman sewaktu bekerja.