Penyanyi lagu Nazam Berkasih, Syura Badron tampil meluahkan rasa kecewa apabila dia mendakwa dirinya ditipu pelanggan yang membeli biskut raya di Tebing Bandar Dato Onn, Johor Bahru.
Ujar Syura, pelanggan yang membeli kuih raya jualannya berpura-pura membayar melalui kaedah kod QR namun wang tersebut tidak masuk dalam akaunnya.
Sepanjang bulan Ramadan memang saya jual kuih raya di Johor Bahru dan hari ini Alhamdulillah kuih raya saya terjual walapun tidak banyak.
Cumanya ada beberapa pelanggan bayar menggunakan kod QR dan memang tunjuk resit berjaya tapi tak masuk dalam akaun saya, jadi macam pelik.
@syurabadron86 Done bebel! Tak baik erk curi..lagi2 bulan puasa.. ? Sedih tapi kene redha guys
Berikutan itu, dia akan lebih berhati-hati selepas ini terutamanya melibatkan pembayaran secara dalam talian.
Penat tau buat kuih raya itu, bila kena scam rasa sedihlah. Dalam sedih kena redhalah kan. Untuk yang dah biasa buat benda-benda macam ini, korang beli makanan akan masuk dalam darah dan jadi darah daging.
Jangan lah buat benda-benda macam ini, kesian dekat peniaga-peniaga. Tak tahu penat dan kesusahan orang macam mana nak siapkan kuih dan apa yang dilalui untuk berniaga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.