Telalu penat dengan jualan produk bengkungnya sehingga tertidur dengan lambakan duit di atas katil, usahawan kontroversi Nur Sajat yang mengusahakan beberapa perniagaan antaranya bengkung dan barang kemas itu mendapat perhatian netizen.
Menurut Sajat, jualan pada hari tersebut mencecah RM100,000, malah Sajat juga memohon maaf kepada para pelanggan yang masih belum menerima barangan mereka kerana stok produknya difahamkan belum sampai.
“Hari ini busy sangat,sampai saya tertido dengan duit. Buat sale sampai tertidur saya dengan bedak sejuk! Sale hari ini cecah rm100,000.”
View this post on InstagramAdvertisement
Bagaimanapun, seperti yang dijangka, tindakan Sajat itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan usahawan itu seakan menunjuk-nunjuk dan riak dengan kemewahan yang dimiliki oleh dirinya.
Malah, wujud juga segelintir pengikutnya yang mengatakan tindakan Sajat itu hanyalah lakonan sema-mata untuk melariskan produk.
Tanggapan itu telah menyebabkan Sajat dilabel seperti usahawan yang mahukan publisiti murahan dan tergila-gilakan perhatian daripada para pengikut.
Dalam pada itu, netizen juga menyatakan tindakan itu mampu mendatangkan jenayah kepada dirinya. Hal ini kerana, perkongsian itu boleh menarik perhatian pihak yang berniat jahat seperti merompak dan menceroboh kediaman Sajat kerana mengetahui dirinya dikelilingi wang ringgit.

Anonymous
June 19, 2020 at 8:12 am
hahahahaha…..deyyy tayang duit banyak tak takut ke….entah2 esok2 kena culik ke…kena rompak ke…ha…sape nak tanggungjawab…..nyahhh ooooiii
Anonymous
June 19, 2020 at 12:34 pm
kena sondol ker
Haha
June 19, 2020 at 2:03 am
Jat… byk2 duit tu x mustahil ada virus covid 19. Semoga dipermudahkan urusan dlm kubur nanti..
Anonymous
June 19, 2020 at 10:35 am
Hahahaha
anti marketing stunt
June 18, 2020 at 10:03 pm
benda remeh ni ko masukkan kat sini…..marketing stunt mcm ni x layak jadi bahan berita