Penat Geledah Barang, Perompak Terlelap Dikejut Tuan Rumah Seorang Polis

Dunia

Penat Geledah Barang, Perompak Terlelap Dikejut Tuan Rumah Seorang Polis

Siapa kata ‘kerjaya’ sebagai perompak tidak memenatkan? Perompak juga seperti manusia lain yang memerlukan rehat secukupnya walaupun pekerjaan mereke kebiasaannya bermula pada malam hari ketika orang lain sedang nyenyak tidur.

Terbaru, seorang perompak ditemui sedang tidur nyenyak di dalam sebuah bilik yang sedang dirompaknya. Mungkin dia terlalu penat atau terpesona dengan keindahan bilik tersebut. Jelas kelihatan seperti dia sedang lena dibuai mimpi atas katil yang sangat empuk.

Advertisement

Lebih melucukan atau mungkin mengerikan, perompak lelaki yang berusia 22 tahun itu telah dikejutkan oleh tuan rumah tersebut yang merupakan seorang anggota polis.

pencuri tertidur semasa merompak

Tuan rumah itu mendapati perompak itu sedang nyenyak tidur di dalam bilik anak perempuannya. Patut la nyenyak dia tidur, sebab tidur dalam bilik perempuan yang serba cantik dan selesa.

Difahamkan, perompak itu telah masuk ke rumah berkenaan sekitar jam dua pagi semasa ahli keluarga polis itu sedang tidur nyenyak. Ketika pemilik rumah itu bangun, dia terkejut melihat aircond di bilik anaknya dipasang sedangkan anaknya tiada di rumah.

Tanpa melengahkan masa dan rasa curiga, tuan rumah itu pergi ke tingkap rumah dan terkejut mendapati seorang lelaki sedang lena dibungkus selimut tebal.

Kejadian melucukan ini terjadi di Thailand.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...