Penat Dengan Drama Romantis ‘Cringe’? 3 Drama Romantis Wajib Tonton Ini Ada Plot Twist Mendebarkan!

Branded

Penat Dengan Drama Romantis ‘Cringe’? 3 Drama Romantis Wajib Tonton Ini Ada Plot Twist Mendebarkan!

Siapa yang dah penat dengan drama-drama romantik yang cringe dan cliche, kita geng! 

Bukan apa, kadang-kadang rasa geli pula sebab lakonan nampak sangat terpaksa dan ‘moment-moment’ cringe tu bukan jadi pada realiti betul tak? 

Untuk peminat genre romantik, hari ini adalah hari terbaik anda sebab kami nak kongsi 3 drama yang bukan saja sweet, malah penuh dengan debaran sebab ada elemen plot twist lagi! Kalau nak tahu, jom kami kongsikan!

Demi Kepentingan & Hak Sama Rata, Rose Bangkit Berjuang, Namun…

Viu Get Rich

Kalau anda tanya kami, drama-drama romantis yang berkonsepkan sekolah menengah atau alam pembelajaran ni selalunya tak mempunyai banyak plot yang mendebarkan dan rata-ratanya cliche dan cringe betul tak? 

Tapi, berbeza dengan drama siri Get Rich, ia bukan saja romantik, malah ia membawakan lebih banyak debaran dan confirm akan buat anda tak sabar nak tahu sambungan setiap episode!

Viu Get Rich

Get Rich menceritakan tentang seorang wanita bernama Rose (Minnie), seorang pemegang biasiswa cemerlang di Sekolah Sudruethai yang berniat membawa perubahan besar terhadap ketidakadilan sistem di sekolah tersebut. 

Sebaik saja Rose masuk ke dalam sekolah itu, dia menyedari bahawa kehidupan pelajar yang berada sentiasa mendapat layanan baik, disebabkan oleh wang serta hubungan ibu bapa bersama orang atasan. 

Menariknya, seorang pelajar popular, Lily (Ray) yang juga dikenali sebagai ‘School Queen’ menerima layanan yang baik dan lain dari lain hanya disebabkan bapanya salah seorang daripada Persatuan Ibu Bapa yang berpengaruh. 

Viu Get Rich

Disebabkan itu, Rose terpaksa bangkit menentang ketidakadilan berlaku di sekolah dengan apa jua cara samada merompak atau mengambil hak pelajar yang tak selayaknya dengan bantuan Surf (Ton), seorang pelajar pendiam tapi bijak serta seorang pelajar gila taekwondo, Boo (Nont). 

Dalam perancangan mereka untuk cuba menentang, ada hati yang terpaut antara mereka. Adakah Rose dan rakan-rakannya berjaya dalam rancangan menentang ketidakadilan di sekolah dan agak-agaknya siapakah yang berjaya merebut hati Rose?

Kalau anda nak tahu, anda wajib tonton drama siri Get Rich setiap hari Rabu & Khamis hanya di Viu.

Kejujuran & Penipuan, Mok Sol-Hee Tak Sedar Anugerahnya Mampu Membantu Orang!  

Viu My Lovely Liar

Siapa yang suka tonton drama misteri serta mempunyai twist romantis, anda wajib tonton drama My Lovely Liar sebab kami yakin confirm anda tak mampu duduk diam! 

Untuk pengetahuan, My Lovely Liar ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Mok Sol-Hee (Kim So-Hyun), mempunyai anugerah istimewa yang membolehkan dia mengetahui penipuan dan kejujuran seseorang. 

Kalau anda tanya kami, anugerah ini semestinya satu perkara yang baik sebab ia dapat membantu untuk memberi kepercayaan kepada seseorang betul tak?

Viu My Lovely Liar

Namun, berbeza bagi Mok Sol-Hee, dia membenci kemampuannya dan menganggap ia sebagai suatu sumpahan kerana disebabkan anugerah ini, dia susah untuk mempercayai sesiapa pun. 

Menariknya, dengan kemampuan yang ada, Mok Sol-Hee menggunakan anugerah tersebut dalam perlibatan suspek pembunuhan (Minhyun) yang menegaskan bahawa dirinya tidak bersalah, namun tiada siapa yang mempercayainya. 

Jadi, anda rasa adakah Mok Sol-Hee berjaya membuktikan pembunuh tersebut tidak bersalah dan adakah dengan kemampuan yang ada, Mok Sol-Hee memberi kepercayaan terhadap cinta? 

Kalau anda nak tahu plot dan pengakhiran drama ini, anda wajib tonton My Lovely Liar setiap hari Isnin dan Selasa hanya di Viu

Demi Kepentingan Sendiri, Iris Sanggup Korbankan Orang Sekeliling

Viu I Love You Stupid

Kalau drama My Lovely Liar yang mempunyai plot misteri tersendiri, kali ni kami nak kongsikan satu lagi drama romantik, TAPI hasil daripada industri tanah air sendiri! Wow, sounds promising!

Memang pun sebab drama ini merupakan adaptasi novel yang terhangat di pasaran  iaitu I Love You, Stupid. 

Viu I Love You Stupid

Untuk pengetahuan, drama ini mengisahkan tentang Iris (Ezzanie Jasny), seorang wanita yang mempunyai matlamat dan suka mengatur hidupnya sendiri, sehingga sanggup mengorbankan orang sekeliling demi kepentingan dirinya. 

Mengejutkan, dia sanggup menuduh seorang Inspektor Ebrahim (MK K Clique) dengan pertuduhan memperkosa dirinya hanya kerana dia gagal dalam menggoda Inspektor tersebut. Ish, ish, ish!

Viu I Love You Stupid

Disebabkan itu, seorang pengawal peribadi, Firman telah diupah untuk menjaga Iris sepanjang keberadaannya di sebuah misi kemanusiaan. 

Tapi, apa yang semua orang tak tahu adalah Iris sebenarnya mempunyai perancangan lain. 

Jadi, sejauh manakah perancangan Iris berhasil? Adakah dia berjaya mendapat apa yang diinginkan? Bagaimana hubungan Iris dan Firman akhirnya? Kalau nak tahu, jadi yang pertama menonton episod terbaru I Love You, Stupid setiap Rabu hingga Sabtu hanya di Viu!

Jom Jumpa Abang Pedas & Barisan Pelakon Drama Viu Di Viu Lokal Lah!

Haa, amacam? Menarik kan tiga drama romantik daripada Viu ni! Kalau anda nak tahu apakah pengakhiran serta apakah antara plot-plot yang meruntun jiwa, anda wajib tonton Get Rich,  I Love You, Stupid dan My Lovely Liar, di Viu sekarang!

Psst, bukan itu saja, kalau korang nak jumpa dan beramah mesra bersama MK dan pelakon I Love You Stupid yang lain iaitu Ezzanie dan Malia Baby, jangan lupa untuk datang ke Viu Lokal Lah! Live Showcase pada 31 Ogos 2023, di LaLaport BBCC bermula jam 4 petang hingga 10 malam!. 

Dengar cerita ada penampilan khas barisan pelakon Viu Original yang lain seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Siti Khadijah Halim, Fimie Don dan ramai lagi. Perghh, mantaplah! 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Viu atau ikuti media sosial di Facebook, serta muat turun aplikasi Viu di App Store, Google Play dan Huawei App Gallery sekarang!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...