Penat Buat Ujian Calitan Bagi Setiap Projek, Zed Zaidi Cadang Golongan Selebriti Diberi Vaksin Awal

Hiburan

Penat Buat Ujian Calitan Bagi Setiap Projek, Zed Zaidi Cadang Golongan Selebriti Diberi Vaksin Awal

Selepas mendapat banyak aduan daripada para artis kerana terpaksa berulang kali menjalani ujian calitan bagi setiap projek, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) meminta kerajaan mempertimbangkan suntikan vaksin lebih awal buat golongan penggiat seni menerusi laporan mStar.

Jelas Presiden persatuan tersebut iaitu Zed Zaidi, kerajaan juga sepatutnya mengambil peluang untuk ‘mempergunakan’ pengaruh besar yang dimiliki oleh golongan selebriti supaya dapat menyebarkan mengetahui pengetahuan vaksian COVID-19 dengan lebih meluas.

Advertisement

“Kerajaan juga perlu melakukan perkara yang sama di sini. Seniman bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjadi frontliner untuk membantu daripada sudut kempen vaksinasi COVID-19 melalui media sosial para selebriti tersebut. Kalau kerajaan tak gunakan pengaruh yang ada pada artis, rugilah.”

zed zaidi

Bahkan Zed Zaidi sempat menggunakan contoh negara luar seperti Indonesia yang menggunakan para selebriti di negara mereka untuk memberikan kesedaran kepentingan vaksin tersebut kepada serata rakyat.

“Kita ambil contoh paling dekat, seperti di Indonesia, mereka melantik selebriti sebagai ikon dan individu yang terawal untuk terima vaksin. Ia dilakukan agar dapat meyakinkan rakyat mereka bahawa vaksin itu selamat selain dapat menolak gerakan anti vaksin yang turut dilaungkan beberapa selebriti sebelum ini.”

Disebabkan ramai artis yang sudah penat terpaksa melakukan ujian calitan tersebut banyak kali, lantas dia meminta kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi meringankan beban mereka.

“Kalau dah dapat vaksin, tak perlulah mereka banyak kali buat swab test setiap kali dapat offer kerja. Dari situ dah dapat jimat kos… ingat tak sakit hidung kena cucuk banyak kali?”

zed zaidi

Dalam pada itu, Zed Zaidi berkata bahawa Seniman akan mensasarkan 100 anak seni sebagai perantis utama untuk program Survival Pandemik Anak Seni dengan kerjasama produk kesihatan VML.

Katanya, ia adalah merupakan antara usaha Seniman dalam memberikan bantuan kepada anak seni yang terjejas dari sudut pendapatan dalam kelangsungan hidup melalui perniagaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

12 Comments

  1. UjianCalitan

    March 18, 2021 at 10:24 am

    Hello brother! Org yg keje construction site pun kena buat swab test. Utk setiap site. Macam dia sorang jela yg banyak projek. porahhh!

  2. anonymous

    March 18, 2021 at 9:55 am

    mimpi di siang hari keh keh keh keh

  3. anonymous

    March 18, 2021 at 9:53 am

    adoii nak cirit aku dgr..berani mampos mintak vaksin awal ko ingat kau sapa fontliners ka royal ka LLOL stupido pido

  4. Emanon

    March 18, 2021 at 9:51 am

    Boleh diam tak manusia nie. Byk mende lg masalah artis ko yg ko tak settle.
    Pasal yg vsccine2 ni kuat lak bunyi..

  5. Anonymous

    March 18, 2021 at 9:38 am

    retis ni banyak songeh la. aritu tak bg keje bising nak keje nak shoot. ni dah bole keje bising kne swab test pulak. korang tak reti bersyukur ke. menyampah betul aku golongan syok penting ni. korang ada pon tade function kat negara ni. kiteorang tengok netflix gak. pfffff

Loading...